Skip to main content

Berenang, snorkling dan berjemur di Pantai Pink Flores yang unik dan cantik.


Hamba ni bukan suka sangat berenang atau menyelam di laut.  Hamba suka duduk santai memerhatikan deruan ombak sambil menikmati pemandangan yang indah tepi pantai. Konon-konon merenung dan mencari ilham sebagai satu terapi emosi dan minda. Namun semasa travel di Pulau Komodo dan salah satu hentiannya ialah Pink Beach. Pink Beach adalah salah satu tempat wisata yang wajib dikunjungi jika anda berada di Taman Nasional Komodo. 


Selain menawarkan pemandangan dari laut biru yang indah dan jernih, hamparan pasir berwarna merah muda tersebut menjadi daya tarik Pink Beach yang unik. Warna pasir pantai yang berwarna pink itu berasal dari mikro-organisme yang bernama foraminifera. 


Foraminifera atau Foram adalah plankton mikroskopis yang kerabat tertuanya muncul di lautan hampir satu juta tahun yang lalu telah membentuk terumbu karang yang berwarna pink. Pukulan ombak dari masa ke semasa telah menyeret terumbu karang ke pesisir pantai sambil menghancurkan sisa-sisa karang itu. Sisa-sisa karang berwarna pink ini akhirnya bercampur dengan pasir putih di pantai dan akhirnya pantai tersebut berubah warna menjadi pink.


Memang luas pantai berwarna pink ini, saujana mata memandang.


Lautnya sangat jernih dan banyak koral tak jauh pantai.  Hamba ikut terjebak untuk cuba menyelam di pantai ini. Memang menarik pemandangan bawah air di sini.


Selain Foram, cengkerang kerang yang sudah pecah juga memainkan peranan. Cengkerang kerang ini kemudian terbawa oleh ombak ke pesisir pantai lalu bercampur dengan pasir putih yang berasal dari batuan kapur di sekitar pantai. IKombinasi Foram dan cengkerang kerang inilah yang dipercayai membuatkan pantai berwarna pink. Pink  Beach ini , adalah salah satu dari tujuh pantai berpasir pink di dunia.


Kegiatan menarik di Pink Beach adalah seperti diving atau snorkeling, kerana pengunjung dengan mudah dapat melihat ekosistem bawah lautnya. Berenang dan berjemur juga antara aktiviti yang diminati.


Anda melihat sahaja sudah nampak cantiknya, apalagi jika anda datang sendiri ke sini.


Cantik koral warna pink ini, agak-agak kalau buat souvenir lepas tak bawa terbang ke Malaysia? Namun awas jika ditangkap di Bandara Komodo, Labuan Bajo anda akan dihukum denda Rupiah 200juta dan dipenjara tidak lebih 10 tahun.  Haaa.... Berani buat berani tanggung!


Jom jangan lepaskan peluang bersantai di Pink Beach Flores. Pada tahun 2015 dalam kembara hamba keliling Pulau Lombok, hamba sampai ke Jeti Tanjung Luar, Lombok Timur dan menyewa sebuah bot untuk pergi ke Pink Beach Lombok. Ertinya hamba dah sampai 2 dari tujuh pink beach di dunia.






Lewat petang hamba berlayar balik ke hotel di Labuan Bajo.


Bye-bye Pink Beach
 

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...