Skip to main content

Rehlah Palestin: Mari memahami Kota Tua Jerusalem


Kota tua Jerusalem dibangunkan di atas bukit Dahour atau Tell Oufal yang bererti sebuah tembok disebelah selatan Masjid Al Aqsa. Kota ini dikelilingi oleh 3 lembah di tempat sangat strategik sebagai kubu pertahanan. Di dasar bukit Dahour ini terdapat sumber air utama iaitu "ain Umm al Daraj" di desa Silwan, di sebelah tenggara masjid Al Aqsa.


Pada tahun 1049 SM kota ini menjadi kota Nabi Daud dan didominasi oleh Kaum Bani Israel dan pada tahun 586SM kota ini ditaklukki oleh kerajaan Babylon, kaum Yahudi telah diusir dari kota ini


Penakluk Babylon telah membina kota baru di kawasan perbukitan, dan membina tembok yang sekarang dikenali segagai Kota Jerusalem Lama. 
Di dataran tinggi terdapat Gunung Moriah, yang merupakan kompleks Masjid Al Aqsa, Gunung Accra di mana terdapat Gereja Makam Suci, Gunung Bazita dekat Bab al Sahira atau Bab Herodos, Gunung Sion yang terletak di sebelah barat daya Jerusalem Lama.

Kota Jerusalem Lama ini dijajah oleh Yunani pada tahun 332SM, dan akhirnya ditakluk pula oleh Kerajaan Romawi pada tahun 330SM. Kerajaan Islam hanya berjaya membebaskan Palestin pada tahun 636M iaitu semasa pemerintahan Saidina Umar Al Khatab.


Di dalam kota tua yang dikelilingi tembok ini terdapat Kuaters Muslim, Kuaters Kristian, Kuaters Yahudi dan Kuaters Armenia.  Mereka hidup rukun damai sebelum Rejim Zionis mendirikan negara haram Israel.


Gunung Mukabbir terletak di selatan Jerusalem merupakan pintumasuk bagi Khalifah Umar Al Khattabsemasa penaklukkan Baitul Muqqadis. Gunung ini dinamakan Gunung Mukabbir kerana di sinilah Saidina Umar bertakbir sebanyak tiga kali ketika melihat Jerusalem. Tinggi gunung ini 795 meter dari paras laut.


Gunung Thur/Zaitun terletak di sebelah timur kota tua Jerusalem. Tingginya 826m. Di sini terletaknya makam para syuhada muslimin yang gugur semasa perang membebaskan kota ini iaitu semasa zaman Khalifah Umar dan zaman Salahuddin Al Ayubi.
Gunung Masyarif pula terletak di sebelah utara kota tua Jerusalem. Gunung ini menghadap ke arah Jerusalem dan dinamakan juga sebagai Gunung Scopus sebagai mengingati pemimpin Romawi dulu.

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...

Kampungku: "Sejarah Melayu Jambi di Kampung Tanjung Semberong Batu Pahat"

Ikon Kampung Tanjung Semberung ialah masjid tuanya yang cantik dan unik binaannya berbanding dengan masjid lain di Johor. Bayangkan masjid kampung yang agak kukuh dan indah ini boleh dibina kira-kira hampir 90 tahun yang lalu.  Tentu sahaja kampung ini juga mempunyai sejarah yang juga tak kurang hebat untuk dikaji.  Hamba dilahirkan di kampung ini, Kampung Tanjung Semberong, Mukim 7, Batu Pahat Johor.  Hamba membesar di sini sebelum berhijrah ke beberapa tempat lain. Kenapa batu jalan di kampung hamba ini bermula dengan 0. Sungai adalah penanda sempadan kampung ini. Kampung ini terletak di persimpangan Sungai Batu Pahat iaitu Sungai Simpang Kanan yang menuju ke Yong Peng dan Sungai Simpang Kiri yang menuju ke Parit Yaani.  Pecahan dua sungai ini membentuk satu tanjung.  Lalu dinamakan orang Kampung Tanjung Semberong.  Sampai sekarang kampung ini masih mengalami air sungai yang pasang surut. Dulu ketika sungai menjadi laluan utama ke Bandar Batu Pahat, Kg. T...