Skip to main content

Menikmati Subuh dan sunrise di Labuan Bajo

Hotel tempat hamba tidur terletak di atas bukit dan agak jauh dari pusat bandar Labuan Bajo. Biasalah kalau buat kerja last minute atau kadang-kadang nak untung sikit, kita tak booking hotel awal-awal, ingat nak walk-in sahaja. Nasib tak baik dapatlah hotel yang jauh dan tak kondusif pula.


Waktu subuh hamba tersedar bila dengar azan begitu kuat bergema. Pelik juga di kawasan majoriti non muslim, syiar Islam ini tidak dihalang malah begitu kuat sekali gemanya. Bila dah dengar azan, sudah jadi tanggung jawab untuk solat berjemaah. Hamba pun menapak menuruni bukit dan tetjumpa masjid di celah-celah rumah berhampiran pantai.


Dalam perjalanan balik mendaki bukit ketika itu sunrise baru nak muncul, maka hamba berhenti sebentar untuk menikmatinya.


Labuan Bajo ni memang tepi laut , sejalur tanah datar yang di kelilingi di sebelahnya dengan bukit yang berbatu. Cuaca di sini agak kering.


Dari atas bukit ini dapat kita lihat pelabuhan yang dipenuhi kapal, bot dan perahu. Yang besar-besar tu kebanyakannya perahu untuk membawa pelancung belayar ke Pulau Komodo.


Memang best naik perahu besar tu. Memang feeling macam orang kaya.


Memang cantik sunrise di Labuan Bajo.


Ini baru sunrise di atas bukit belum lagi sunrise masa belayar dan di Pulau Kelar dan di Maghrita.

 

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...