Skip to main content

Lelah mendaki bukit tinggi di Pulau Padar hanya untuk menikmati sunrise



Lepas solat subuh terus bergegas mendaki puncak tertinggi di Pulau Padar. Dengan sisa-sisa kudrat yang telah berusia 64 tahun, hamba gagahkan juga untuk mendaki walaupun hamba sebenarnya tak gemar aktiviti mendaki. Melihat ramainya orang berpusu-pusu mendaki, tentu ada sesuatu yang istimewa jika tiba di puncak Pulau Padar ini.


Pulau Padar dilihat dari kapal yang berlabuh.  Bot kecil akan menghantar kita ke pulau itu selepas fajar menyingsing.


Pulau Padar adalah pulau ketiga terbesar di kawasan Taman Nasional Komodo, setelah Pulau Komodo dan Pulau Rinca. Pulau ini relatif lebih dekat ke Pulau Rinca dari pada ke Pulau Komodo, yang dipisahkan oleh Selat Lintah. Di sekitar pulau ini terdapat pula tiga atau empat pulau kecil.

Pulau Padar juga diterima sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO, karena berada di dalam wilayah Taman Nasional Komodo, bersama dengan Pulau Komodo, Pulau Rinca dan Gili Motang.

 
Apabila sampai ke puncak tertinggi di Pulau Padar kita akan menikmati keindahan sekelilingnya ketika matahari mulai terbit.


Bule @ Mat saleh memang suka menikmati sunrise ini. Duduk tafakur sampai menunggu matahari terbit.


Kau bayangkanlah betapa lelahnya hamba mendaki ke puncak ini walaupun ada anak tangga disediakan.


Pemandangan di sekitar Pulau Padar ini di waktu pagi memang unik dan nostalgik.  Ini juga salah satu nikmat yang perlu disyukuri.


merenung ufuk timur mencari ilham agaknya.


Namun sapa yang lututnya sudah longgar memang tak sesuai untuk mendaki di Pulau Padar ini. Apalagi jenis nafas semput. Buat hamba cukuplah sekali dapat pengalaman ini.


Pulau Padar tidak dihuni oleh biawak komodo lantaran rantai makanan yang teputus. Jenis-jenis haiwan yang ada di sini adalah ular cincin mas (Bioga Dendrophylla), biawak, tokek, dan ular hijau. 


Laut di sekitar pulau memiliki beberapa lokasi yang popular untuk selaman skuba dan snorkling. Hambapun tak berapa minat menyelam atau berenang.


Memang ramai orang yang menikmati sunrise di sini.


Hamba ni minat tempat yang ada nilai sejarah dan ketamadunan manusia, tapi bila dah sampai ke kawasan ini terpaksalah juga ikut aktiviti menikmati sunrise ini.


memang unik dan klasik pemandangannya


Kawasan ini telah dinobatkan sebagai salah satu  Tapak Keajaiban Semulajadi Dunia.







Bye-bye Pulau Padar cukup sekali aku menikmati keindahan dan keunikanmu. 




 

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...