Tamerlane (1336 – 14 Februari 1405) (Bahasa Turki Chagatai: تیمور Tēmōr, "besi"), juga dikenal sebagai Temur, Timur Lenk, Taimur, atau Timur i Leng, yang bererti Timur si Pincang, kerana kaki kirinya yang cacat sejak lahir. Timur adalah seorang penakluk dan penguasa keturunan Turki-Monggol dari wilayah Asia Tengah, yang terkenal pada abad ke-14, terutama di Rusia selatan dan Persia. Timur dilahirkan di Kesh (kini bernama Shahr-i-Sabz, 'kota hijau'), yang terletak sekitar 50 batu di sebelah selatan kota Samarkand di Uzbekistan.
Ayahnya bernama Teragai yang merupakan ketua kaum Barlas. Beliau adalah cicit dari Karachar Nevian (menteri dari Chagatai Khan, iaitu anak Genghis Khan sekaligus panglima pasukan tenteranya) dan Karachar terkenal di antara kaumnya sebagai orang yang pertama memeluk agama Islam. Teragai mewarisi pangkat yang tinggi dalam ketenteraan, tetapi seperti ayahnya Burkul, beliau menggemari kehidupan beragama dan belajar. Di bawah bimbingan yang baik, Timur ketika berusia 20 tahun bukan saja mahir dalam kegiatan-kegiatan luar, tetapi juga mempunyai reputasi sebagai pembaca Al-Quran yang baik. Pada masa itu, beliau dikatakan telah menunjukkan sifat-sifat yang ramah dan mudah bersimpati. Timur menghabiskan waktu hayatnya selama 35 tahun dalam pelbagai pertempuran dan ekspedisi. Dibantu pasukan Turki yang taat setia dan para tokoh Muslim serta ulama, Timur Lenk melakukan perluasan kekuasaannya. Dia dikenali sebagai seorang panglima yang pintar dan hebat. Kariernya dalam bidang ketenteraan yang gemilang telah menginspirasikannya untuk mendirikan Dinasti Timurid di kawasan Asia Tengah.
Keberanian dan ketokohannya dalam memimpin telah membantu perkembangan dan peradaban Islam. Dia digambarkan sebagai sang penakluk dan pemimpin yang dikenali kerana memiliki perhatian besar terhadap penyebaran agama Islam. Beliaulah yang bernama Timur Lenk atau Timurlane. Raja Timurid pertama itu lahir di Kota Kish, sekitar 80 km sebelah selatan Samarkand, wilayah Transoksania. Timur adalah keturunan Monggol-Turki. Timur masih keturunan Genghis Khan, pemimpin terkenal bangsa Monggol. Melalui catatannya, Timur bercerita, "Ayahku berkata kepadaku bahawa kami adalah keturunan dari Abu Al-Atrak (bapa Turki)." Dari salasilah itulah terungkap bahawa Timur Lenk masih merupakan keturunan Monggol. Ayahnya bernama Teragai, ketua kaum Barlas. dia adalah cicit dari Karachar Nevian iaitu anak Genghis Khan. Karachar merupakan pemeluk agama Islam yang pertama di antara kaumnya.
Dalam bahasa Monggol, Timur bererti ‘besi’. Sedangkan nama belakang Lenk atau Lame adalah jolokan yang bererti ‘pincang’. Ada beberapa versi yang menyatakan penyebab cacatnya salah satu kaki Timur. Salah satu versi menyebutkan, kakinya cacat sejak lahir. Ada pula yang berkisah, kakinya cacat ketika berperang. Versi lain mengatakan, kaki Timur cacat saat mengembala kambing. Meskipun begitu, Timur membesar sebagai seorang pemuda yang berbakat.
Dunia ketenteraan merupakan pilihan hidupnya, lalu dia pun bergabung sebagai tentera dengan penguasa tempatan, Amir Husein. Pada 1360 M, Timur telah menjadi seorang pemimpin tentera yang mashyur. Timur dikenali sebagai panglima yang gigih dalam mempertahankan wilayahnya dari ancaman Tughluq Timur Khan, penguasa Dinasti Chagatai.Ketangkasan dan kehebatannya membuatkan penguasa Dinasti Chagatai tercabar. Tuglaq lalu menawarkan sebuah jawatan kepada Timur iaitu menjadi pembantu utama (wazir) Gabenor Samarkand, Ilyas. Timur pun menerima tawaran itu. Bersama Amir Husein , Timur lalu melakukan pemberontakan dan mengalahkan pasukan Tuglaq Timur Khan hingga membuat Dinasti Chagatai hancur binasa.
Naluri ketenteraannya yang berjaya, membuatkan Timur berubah sikap. Timur juga menyerang Amir Husein yang menjadi sekutunya. Setelah pasukan Amir Husein ditakluki, Timur lalu mendirikan Dinasti Timurid yang pusat di Samarkand pada 10 April 1370. Timur Lenk berkuasa selama 35 tahun dari tahun 1370 hingga 1405. Kehadiran Dinasti Timurid yang dipimpin Timur mendapat sokongan umat Islam terutamanya ulama, Syaikh al-Islam, serta para pemimpin tarikat berpengaruh. Sokongan yang diberikan tokoh Muslim dan ulama adalah kerana Timur memberi perhatian yang besar untuk menyebarkan agama Islam. Sebagai bentuk sokongan, para ulama dan pemimpin tarikat juga ikut terlibat dalam pemerintahan Dinasti Timurid. Ada yang menjadi hakim, diplomat, serta tutor kalangan bangsawan.
Bahkan beberapa ulama kerap mendampingi Timur sebagai penasihat dalam setiap ekspedisi penaklukan. Sebagai seorang raja, Timur tak pernah mahu menggunakan nama belakang Khan. Timur memang dikenali sebagai seorang tentara yang hebat, namun kebijaksanaan politiknya juga kerap gagal. Meskipun suka melakukan ekspedisi penaklukan, namun dia tak pernah mengabaikan pemerintahan di wilayah yang dikuasainya. Timur juga kembali melakukan penaklukan, jika wilayah yang pernah dikuasainya memberontak. Ekspedisi penaklukan diteruskan setelah posisi Samarkand kuat dan aman dari pelbagai sudut. Timur menghabiskan waktunya selama 35 tahun dalam pelbagai pertempuran dan ekspedisi. Disokong pasukan Turki yang taat setia dan para tokoh Muslim serta ulama, Timur pun melakukan perluasan kekuasaannya. Dia melebarkan kekuasaannya ke wilayah Barat dan Barat laut meliputi Monggol, Laut Kaspian, Ural, dan Volga. Ekspedisi yang dilakukannya ke wilayah selatan dan barat daya mampu menakluk setiap wilayah di Persia, termasuk Baghdad, Karbala, dan Iraq Utara. Tidak hairanlah, apabila banyak kota dan daerah yang dikuasai dinasti lain berjaya dikuasai oleh Timur.
Salah satu lawan yang paling sukar bagi Timur adalah Tokhtamysh. Wilayah Khawarizmi dan Jata berjaya dikuasai pasukan Timur pada 1380 M setelah melalui pertempuran yang panjang selama 10 tahun. Sepanjang 1381 M -1382 M, Timur sudah menakluk wilayah kekuasaan Kerajaan Persia seperti Herat, Masyhad, Sabzavar, Astarabad, Mazandaran, dan Sistan. Pada tahun 1382 M, pasukan Timur berjaya membantu Tokhtamysh untuk menundukkan Moskow. Pasukan Tokhtamysh yang dibantunya ternyata berpaling tadah dan menyerang pasukan Timur serta menakluk Azerbaijan pada 1385 M. Dalam sebuah pertempuran yang dahsyat, kekuatan Tokhtamysh akhirnya berjaya dipatahkan. Untuk menghadapi pasukan lawannya itu, Timur memimpin tidak kurang daripada 100 ribu tentera yang menempuh perjalanan beratus-ratus batu. Sekitar 100 ribu tenteranya yang bergerak dari Timur sejauh ratusan batu hampir-hampir mengalami kebuluran. Mujurlah, Timur memerintahkan pasukannya untuk berburu hingga akhirnya mereka tidak mengalami kebuluran. Pasukan Tokhtamysh akhirnya berundur di wilayah Orenburg dan berhasil dikalahkan pasukan Timur.
Pada 1398 M, Timur melakukan ekspedisi penaklukan ke India. Timur mendapat berita tentang Perang Sipil di wilayah India. Ketika itu, di India terdapat kerajaan Islam bernama Dinasti Tughlaq yang dipimpin Sultan Nashirudin Mahmud. Timur mendengar Sultan Delhi Muslim itu terlalu toleransi dan bersikap lemah terhadap masyarakat Hindu. Timur lalu memutuskan untuk mengambil alih kekuasaan Sultan Delhi. Pasukannya melintasi Sungai Indus di Attock pada 24 September 1398 M. Pasukan Sultan Delhi dengan mudah dikalahkan pada 17 Disember 1398 M. Dia mencatatkan penaklukannya di India di dalam Tuzuk-Timuri. Sayangnya, penaklukan Delhi itu diwarnai dengan pertumpahan darah yang sebenarnya tak perlu dilakukan Timur. Dia meninggalkan Delhi pada Januari 1399 M. Menurut Ruy Gonzales de Clavijo, Timur membawa 90 ekor gajah dari Delhi untuk mengangkut batu mulia. Dia lalu menggunakannya untuk membina masjid di Samarkand. Para sejarawan meyakini masjid itu adalah Masjid Bibi-Khanym.
Setelah itu, Timur berperang dengan Yildirim Bayezid I, Sultan Kerajaan Uthmaniyah dan Sultan Mamluk dari Mesir. Pada 1400 M, Timur Lenk menyerbu dan menakluk Armenia dan Georgia. Setahun kemudian, dia menawan Baghdad. Sekitar 20 ribu orang mati dalam pertempuran itu. Timur meninggal dunia pada 19 Februari 1405 M ketika peperangan dan pertempuran melawan Dinasti Ming.
Comments