Skip to main content

Kutemui juga akhirnya biawak Komodo ketika trip ke Labuan Bajo


Memang lama ingin melihat biawak Komodo ini, banyak campur aduk cerita tentang kerakusan haiwan ini yang dikatakan mampu melumpuhkan seekor lembu dan boleh menyerang dan membunuh manusia melalui gigitan dan air liurnya yang berkuman dan beracun itu.  Malah dalam satu trip ke Pantai Pink di Lombok Timur, dapat maklumat dari anak tempatan jika hendak melihat biawak Komodo, perjalanannya dari Lombok lebihkurang lima jam menggunakan bot laju.  Ketika era itu tiada penerbangan terus dari Malaysia ke Labuan Bajo.  Bila Air Asia membuka laluan ke situ, tanpa berfikir panjang hamba beli tiket dan tujuan utamanya hanya untuk menemui biawak Komodo.  Bukan untuk menikmati sunrise dan sunset dari pulau-pulau kecil di Flores itu. Tapi kena ingat, melihat biawak Komodo ini bukan percuma, anda wajib membayar untuk tiket lawatan.


Biawak Komodo (Varanus komodoensis) ialah spisies biawak terbesar di dunia. Panjangnya boleh mencapai 3 meter, dengan berat mencapai sehingga kira-kira 70 kilogram. Biawak ini hanya dapat ditemukan di  Pulau Komodo, Pulau Rinca, Pulau Flores dan Pulau Gili Motang di Indonesia. 


Biawak Komodo ini mula popular bila Van Hensbroek pada tahun 1910 memperkenalkan biawak ini sebagai biawak darat di Indonesia. Pada tahun 1912 tulisan mengenai biawak Komodo ini semakin tersebar luas melalui penulisan Peter Ouwens yang ketika itu menjadi pengarah Muzium Zoologi Bogor. 



Agak menarik biawak Komodo ini mempunyai ekor yang sama panjang dengan badannya. Ekornya kuat, ia diperhatikan boleh melibas rusa dan babi hutan  besar. biawak ini menyokong apabila berdiri pada dua kaki belakangnya untuk menangkap mangsa yang tidak dapat dicapai. Ia mempunyai 60 pasang gigi dengan ukuran 2.5 sentimeter panjang yang kerap digantikan. Air liurnya sering bercampur dengan darah, kerana giginya hampir ditutup sepenuh dengan tisu gusi yang sentiasa koyak semasa memakan mangsanya. Ia juga mempunyai lidah kuning yang panjang dan bercabang.


Biawak komodo adalah haiwan karnivor. Ia mampu mengesan mangsanya dan memburu mangsanya dengan mengendap secara senyap-senyap sebelum menyergah dengan cepat, ia mampu berlari dengan kepantasan sehingga 20 km/jam. Biawak komodo juga mempunyai gigitan yang kuat, dan air liurnya mengandungi sekitar 50 jenis bakteria menjadikan gigitan mereka mampu membawa maut kerena jangkitan bakterianya. Pada kebiasaannya selepas mengigit biawak komodo akan membiarkan mangsanya lemah dan mati dahulu sebelum memakannya. Ia dapat mencari bangkai tersebut menggunakan deria baunya.



Biawak ini menggali lubang berukuran 1–3 meter lebar menggunakan kaki depannya yang kuat dan berkuku tajam, lubang ini tempatnya bermalam untuk menjaga haba badannya. Ia memburu pada waktu petang, tetapi kekal di bawah tanah pada bahagian paling panas hari. Tempat-tempat rehat khas, biasanya terletak di kawasan rabung dengan bayu laut yang dingin, bertanda dengan najis dan dibersihkan daripada tumbuh-tumbuhan, tempat-tempat ini lokasi strategik biawak menyerang hendap rusa.



Kulit biawak Komodo diperkukuh dengan sisik keras yang bertulang kecil bertujuan melindungi kulitnya. Komodo mempunyai pancaindera yang kuat dan dianggap sebagai reptilia yang paling maju kecergasannya. Ia mempunyai ekor yang sepanjang badannya, serta 52 batang gigi. 



Biawak Komodo mempunyai daya pendengaran yang terhad. Ia boleh melihat objek sejauh 300 meter; ia boleh lihat jelas pada waktu malam dengan kerana retina mata yang hanya mengandungi kon, ia dapat melihat warna tetapi tidak boleh nampak objek pegun lemah.


Biawak Komodo menggunakan lidahnya untuk mengesan, rasa, dan bau rangsangan. Dengan bantuan tiupan angin yang baik dan tabiat yang berayun kepalanya dari sisi ke sisi kerana ia berjalan, naga Komodo mungkin dapat mengesan bangkai 4 hingga 5km.


Seekor biawak Komodo dewasa liar biasanya mempunyai berat sekitar 70 kg. Biawak jantan dewasa mempunyai berat purata sebanyak 79–91 kilogram dengan ukuran 2.59 meter panjang sementara berat purata biawak betina 68–73 kg dengan ukuran 2.29 m panjang.


Biawak Komodo suka tempat panas dan kering seperti padang rumput terbuka, savana, dan hutan tropika rendah. Ia aktif pada waktu siang. Ia hidup bersendirian, ia bersama kawanannya hanya untuk membiak dan makan. Ia mampu berjalan cepat dalam pecutan singkat sehingga 20 km, menyelam sehingga 4.5 m dan memanjat pokok cekap ketika muda melalui penggunaan kuku kuat mereka.



 Walaupun ia banyaknya makan bangkai, ia juga akan sering menyerang hendap mangsa, di mana ia akan meluru secara tiba-tiba ke arah mangsa dan mengigit di bahagian bawah atau tekak. Ia dapat mengesan mangsanya dari jarak yang jauh menggunakan deria bau yang boleh mengesan haiwan yang mati sehingga sejauh 9.5 kilometer.


Sehingga kini  hanya terdapat sekitar 6,000 ekor biawak komodo yang masih hidup, terutamanya di gugusan kepulauan Flores seperti di Pulau Komodo (1700), Rinca (1300), Gili Motang (100) dan Flores (2000). Berkurangnya haiwan ini kerana bencana gunung berapi, gempa bumi, habitat yang hilang, pembakaran hutan, pelancongan dan pemburuan haram.


 

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...