Skip to main content

Rehlah Palestin: Menuruni gua di bawah batu tempat Nabi berpijak semasa peristiwa Isra Mikraj di Masjid Dome of Rock



Masjid Kubah Batu atau Masjid Kubah Emas atau Dome of Rock ini terkenal kerana di dalamnya terletak bongkah batu yang besar yang dikatakan menjadi tempat pijakan Nabi Muhammad ketika peristiwa Israk Mikraj.


 Pada zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan, projek pembangunan masjid ini telah bermula iaitu pada tahun 685 Masehi (66 Hijrah). Pada zaman ini juga kubah masjid ini telah disaluti dengan emas hingga kelihatan kuning dan bersinar.


Bongkah batu di dalam masjid ini permukaannya berukuran 17.7M dan 13.3M. Bongkah ini berdiri 1M dari tanah dan terdapat lubang yang seakan gua di bawahnya.


Bongkah batu ini tidak tergantung tetapi satu sisinya bercantum dengan tanah hingga membentuk sebuah lubang gua.


Bangunan di sini telah di renovasi menjadi indah di era pemerintahan Sultan Muhammad Ibn Qalawun pada tahun 725 Hijrah.


Bongkah batu ini menjadi rebutan orang Yahudi dan Nasrani.  Orang Yahudi percaya di bawah batu ini ada Kuil Solomon sementara orang Nasrani percaya Jesus naik ke langit melalui batu ini.


Ini adalah bahagian bumbung yang menutup bongkah batu tersebut, dan jika dilihat dari luar inilah kubah emas yang masyhur itu.


Lubang gua di bawah bongkah batu yang jelas kelihatan di atasnya.  Kerana adanya lubang ini, bongkah batu itu kelihatan  seperti terapung.


Di sebelah tenggara bongkah batu itu telah di bina pintu yang indah dan ada anak tangga menuju ke gua di bawah. 


Ramai jemaah yang solat dan berzikir di gua ini.


Bahagian atas batu inilah adanya kubah emas yang terkenal itu. Kilauan emas yang kekuningan itu menjadi mercu tanda bagi Baitu Maqdis amnya dan Masjid Al Aqsa khasnya.






 

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...

Kampungku: "Sejarah Melayu Jambi di Kampung Tanjung Semberong Batu Pahat"

Ikon Kampung Tanjung Semberung ialah masjid tuanya yang cantik dan unik binaannya berbanding dengan masjid lain di Johor. Bayangkan masjid kampung yang agak kukuh dan indah ini boleh dibina kira-kira hampir 90 tahun yang lalu.  Tentu sahaja kampung ini juga mempunyai sejarah yang juga tak kurang hebat untuk dikaji.  Hamba dilahirkan di kampung ini, Kampung Tanjung Semberong, Mukim 7, Batu Pahat Johor.  Hamba membesar di sini sebelum berhijrah ke beberapa tempat lain. Kenapa batu jalan di kampung hamba ini bermula dengan 0. Sungai adalah penanda sempadan kampung ini. Kampung ini terletak di persimpangan Sungai Batu Pahat iaitu Sungai Simpang Kanan yang menuju ke Yong Peng dan Sungai Simpang Kiri yang menuju ke Parit Yaani.  Pecahan dua sungai ini membentuk satu tanjung.  Lalu dinamakan orang Kampung Tanjung Semberong.  Sampai sekarang kampung ini masih mengalami air sungai yang pasang surut. Dulu ketika sungai menjadi laluan utama ke Bandar Batu Pahat, Kg. T...