Skip to main content

Menjejaki Labuan Bajo dengan penerbangan pertama Air Asia


Semasa kembara ke Pulau Lombok pada tahun 2016, diberitahu bahawa Lombok termasuk dalam Kabupaten Nusa Tenggara Indonesia. Termasuk dalam gugusan pulau-pulau ini ialah Flores. Tempat yang terkenal dengan biawak Komodonya. 


Selalu dalam perancangan hamba, destinasi kembara hamba ialah  untuk pergi ke Flores ini.


 Bila Air Asia memulakan penerbangan ke Labuan Bajo maka tanpa berlengah hamba membeli tiket ke sana. Seronok semasa mendarat di Labuan Bajo ada majlis meraikan kami.


Labuan Bajo ni hanyalah bandar yang kecil,  bandar tepi laut yang cantik. Kalau masa sunset dan sunrise memang nostalgik pemandangannya.


Airnya jernih walaupun kawasan laut ini dipenuhi dengan kapal dan bot yang bermacam jenis.


Dahulu untuk sampai ke sini agak sukar terutama dari Malaysia. Tiada penerbangan terus. Kena naik feri dari Lombok.


Yang ramai ke Labuan Bajo ni orang bule, orang kulit putih … mereka akan pergi ke Bali, kemudian ke Lombok dan ke Labuan Bajo.


Penduduk di Flores ini majoritinya Kristian Katolik terutama yang duduk di kawasan pendalaman namun di kawasan bandarnya, Labuan Bajo ramai yang beragama Islam terutamanya yang berbangsa Bajau. Yang bangsa Flores ramai beragama Kristian. Yang menariknya diceritakan pada hamba, orang non muslim di sini tak makan babi. 

 

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...