Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Iskandariah - Ku jejaki masjid Nabi Danial di tengah kesibukan kota

Masjid Nabi Danial   Semasa meronda kota Iskandariah yang cantik, tersusun, berdisiplin serta agak kebaratan penduduknya, hamba telah melalui El Nabi Danial Street. Di jalan ini hamba jumpa sebuah masjid yang dikenal dengan nama Masjid Nabi Danial.   Di sini terdapat makam Nabi Danial.   Dikatakan hidup seorang raja Babylon yang terkenal jahatnya yang bernama, Bakhtashir yang jalur keturunannya dari Yafuts bin Nabi Nuh as. Tidak ada satupun laki-laki Bani Israil yang hidup melainkan dibunuhnya. Anak-anak dipisahkan dari orang tuanya dan dilatih untuk ke medan perang dan sebahagiannya dipenjara. Suatu ketika Bakhtashir telah menawan ramai rakyatnya, termasuk kanak-kanak. Di antara yang ditawan itu termasuklah seorang kanak-kanak yang kemudiannya dikenali sebagai Nabi Danial. Suatu hari Bakhtashir bermimpi dengan mimpi yang sangat menakutkannya lalu dia bertanya kepada ahli nujum, namun mereka semuanya diam dan tidak dapat mentakwil mimpinya tadi. Lalu datan...

Coretan Kembara - Dato Onn, kau pendamai kaum di daerah kelahiranku.

Jeti Tanjung Balau Cuti hujung tahun adalah peluang untuk membawa famili berjalan-jalan. Selain untuk merehatkan minda, ianya juga berguna untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan. Rancangan hamba untuk membawa famili menaikki keretapi ke Bangkok tidak menjadi.  Rancangan untuk ke Tanjung Pinang, Tanjung Balai dan Bengkalis juga tidak digemari kerana keadaan laut hujung tahun yang tidak menentu.  Akhirnya kami ke Tanjung Balau berhampiran Desaru Kota Tinggi. Ombak di pantai ini sering melemaskan mangsanya saban tahun.       Ketika hamba merehatkan diri di Surau Kg Nelayan, hamba menemui sebuah buku sejarah.  Yang menariknya tentang sejarah Dato' Onn di daerah kelahiran hamba Batu Pahat.        Berikut adalah beberapa petikan dari buku tersebut:  Hebatnya Dato' Onn, ketua komunis pun patuh pada beliau.    Bayangkan kalau Dato' Onn menyebelahi Kiai Saleh dan pendekar Selendang Merah melibas Cina MPAJA...

Coretan Kembara - Mualaf Pulau Ketam, "Kita abang adik"

Balai Islam Pulau Ketam Ayah, Pulau Ketam je ke?  rungut Siti anak bungsu hamba. Cari pengalaman kat tempat yang tak cantik pulak lah tahun ni, Ok!, pujuk hamba. Anggap kalau kita hidup kat tempat yang tak ada orang Islam. Macam mana nak survive. Bayang aja kita gi Pulau Taiwan.  Siti tetap muncung ketika kami menyusuri jeti di Pulau Ketam itu. Confirm memang membosankan bagi seorang remaja untuk menikmati pengalaman baru di pulau kecil yang dipenuhi hampir 100% masyarakat Cina itu. Setelah berpusing-pusing selama satu jam, akhirnya kami berehat di Pusat Islam Pulau Ketam.  Bangunan 2 tingkat ini nampak bersih dan terurus.  Tingkat bawah ruang untuk bermesyuarat sementara tingkat atas ruang untuk solat berjamaah. Kebetulan hujan turun dengan lebat, kami ambil kesempatan untuk mengisi perut dengan kuih yang kami beli di Pelabuhan Kelang.  Hamba jadi imam solat zohor bersama dua orang anak lelaki hamba.  Setelah beri salam, baru hamba perasaan ad...

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Kutemui e~card "three things in life"

Hari ini buntu idea. Rasa banyak kerja perlu disiapkan di akhir tahun. Kadang-kadang membaca "bahan-bahan" lama dapat menyegarkan minda dan emosi.            

Mount Nebo - Kusinggahi sebentar cuma

Promosing Land dari puncak Jabal Siyagha        Hamba sampai ke Jabal Siyagha ini secara tidak dirancang.  Hamba pun tak berapa kisah dengan tempat ini kerana berpendapat tempat ini tiada kaitan dengan perkembangan Islam. Apalagi bila melihat sebuah gereja tua di situ.  Semasa berjalan ke hujung bukit itu terdengar beberapa orang berbual tentang "Promising Land". Hamba mengambil masa yang lama untuk mencari maklumat, sehingga baru-baru ini ada dokumentari tentang perjalanan Nabi Musa dan kaum Bani Israel ke Jerusalem.  Namun Nabi Musa telah wafat sebelum sampai ke destinisinya.         Jabal Siyagha atau Mount Nebo  terletak di Bandar Madaba kira-kira 47km dari Amman. Bandar Madaba terkenal kerana menjadi pusat yang penting bagi penganut agama Kristian kerana kesan sejarahnya mengikut kepercayaan mereka.    Di Jabal Siyagha ini terdapat sebuah gereja lama. Lantai gereja lama ini dihiasi mozek yg ...

Bergen: Salmon salaimu sungguh memukau

Bergen ..ohhh.....Bergen.... Kepingan ikan salmon salai yang kehitaman terlantar di meja jualan selera terangsang dengan haruman bau salainya Pasar basah Bergen kau jauh dari keelitan namun orang dari kejauhan gelojoh menjamah khazanah laut Utara   Aku musafir marhaen yang hanya mampu melihat dan membayang lazatnya "kongekrabbe" itu  tak sanggup ku buang 690 kronor untukmu kerana najis yang keluar tetap sama baunya. Lembut angin laut Utara menyapa mesra warga Bergen sejuk mata memandang Hiasan alam ciptaan Ilahi lanskap asli yang memukau Bergen Kapan berjumpa lagi...?

Istano Pagar Ruyung: Lambang sejarah silam

Kutemui Istano Basa Pagaruyung  Di sinikah tempat bersemayamnya waris kesultanan Pagar Ruyung? Tanya saya pada seorang warga tempatan. Saya terlupa menanyakan namanya, walaupun kami berbual agak lama. "Bukan Pak, inikan hanya replika istana.  Sebab tu dinamakan Istano Basa. Istana asal nun di sana, di atas berbukit. Tapi sudah "dibakar rakyat". Benar ke pak? tanya hamba kerana hamba tak pernah terbaca kisah tersebut.  "Benar.....! kerana pihak istana berpihak kepada penjajah Belanda. Ulamak dan rakyat bangun memberontak lalu menjatuhkan kuasa sultan.  Istananya habis terbakar. Penyataan ini memotivasikan hamba untuk mencari maklumat sebenarnya tentang sejarah Kerajaan Pagar Ruyung ini. Istano Basa Pagaruyung Istano Basa  yang lebih terkenal dengan nama  Istana Pagaruyung , adalah sebuah  istana  yang terletak di kecamatan Tanjung Emas , kota  Batusangkar ,  kabupaten Tanah Datar ,  Sumatera Barat .  Ista...

Istanbul - Kuhayati sejarah Amirul Mukminin terakhir di batu nisannya.

Kompleks bangunan  kuburan diraja             Selepas solat jamak qasar Zohor Asar di Masjid Agea Sophia, hamba menyusuri kota Istanbul mengikut gerak hati sambil menikmati pemandangan petang yang bersimpang siur dengan pelancung yang pelbagai.  Secara tidak sengaja hamba telah menemui sebuah bangunan bersejarah, iaitu kuburan Diraja Turki.  Di situlah aku baca kisah ringkas Sultan Abdul Hamid Kedua, khalifah kerajaan Uthmaniah yang terakhir.  Namun tulisan itu tidak cukup untuk memahamkan aku tentang sebab-sebab kerajaan Islam itu  boleh berkubur. Kerajaan Uthmaniah merupakan sebuah Empayar Islam yang kuat selepas jatuhnya kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiah. Kemuncak kejayaan kerajaan ini ialah penaklukan kota Konstantinapol oleh sultan Muhammad al-Fatih pada tahun 1454M, kota tersebut kemudiannya dijadikan ibu kota kerajaan Uthmaniah dengan nama barunya Islambul. Kerajaan Uthmaniah ber...

Puisi Kembara - Kelam di Sungai Rhine yang mengalir lesu

COLONGE Lewat petang itu ku susuri Sungai Rhine bebayang jembatannya semakin  kabur di silau mentari yang lesu mahu terbenam Sungai Rhine di kelam petang Ku temui seorang separuh baya  merenung kosong mereka yang melalui di depannya sambil meneguk bir semahunya. Kekadang dia menjerit penuh semangat bersama anarkis Turkia yang terbuang "Hidup sekular..Hidup Atarturk... Mati Erdogan" Kesian terbuang di negara orang Protes pelarian Turki sekular  Sepetang di Colongne   membangkit kenangan silam bila tersua tugu Fuhrer tersergam lambang pernah ada suasana kelam dan kejam Tugu Fuhrer di dataran Colonge Ku toleh kembali sungai Rhine tiba-tiba tersirna rasa rindu yang mendalam kepada keamanan dan kebebasan yang kukecapi di bumi Malaysia termenung melepas lelah sebelum meneruskan perjalanan ke Brussels

"Gamal Nasir" yang kutemui di Beni Suef

Posing di jejantas ke stesen keretapi Beni Suef bersama Muhammad Hamba mengenali si Muhammad Gamal Nasir ini semasa membentang kertas kerja di Universiti Minya Mesir. Minya adalah kawasan selatan Mesir, perjalanan menggunakan kereta mengambil masa hampir 8 jam dari Kaherah.  Ke mana hamba pergi dia mesti terpacul di situ.  Umurnya baru 22 tahun, masih ada 1 tahun lagi untuk menamatkan ijazah bidang perniagaan taninya.  Namun apa yang menarik, ketrampilan, konfiden, komunikasi dan kepimpinannya cukup menyerlah. Di umur yang muda itu dia boleh berkomunikasi dengan profesor dan pembentang kertas kerja dari pelbagai negara secara selamba.  Katanya dia nak meningkatkan kebolehan komunikasinya dalam bahasa Inggeris.   Secara bersungguh-sungguh, Muhammad menjemput hamba menziarahi keluarganya di Beni Suef.   Tidak mahu menghampakan jemputan tersebut dan teruja untuk mendapatkan pengalaman tinggal dengan orang Arab Mesir, saya bersetuju untuk ke Beni S...

Istanbul - Kutemui Ataturk keparat di Taman Istana Tokapi

Awal Jun sesuai untuk menikmati keindahan Istanbul Ketika merayau-rayau menikmati keindahan kawasan taman Istana Tokapi yang luas ini, kedengaran laungan azan dari masjid berdekatan, hamba pun berjalanlah untuk mencari masjid tersebut. tanya sana tanya situ, akhirnya sampai penghujung taman dan mengadap selat Bosforus.  Tengok masjid jauh di luar sana.  Ertinya dalam taman ini tidak disediakan kemudahan masjid atau surau.  Oleh kerana hajat hati nak masuk ke Istani Tokapi @ muzium, aku pun cari tempat sesuai di bawah pokok, dan dirikan solat jamak & qasar, zohor asar. Malas nak tangguh-tangguh.  Lega dah selesaikan tugas. Hari mulai petang, banyak masa terbuang di taman ini, kalau masuk istana Tokapi elok pagi-pagi, lebih tenang, tidak terburu-buru kerana banyak masa.  Baru boleh menikmati dan menghayati sejarah zaman keagungan kerajaan Ottoman. Tiba-tiba terjumpa tugu Ataturk, si pemusnah kerajaan Islam Ottoman.  Ceh ... keparat puny...

Ludhliana Slovenia: Kudakapi kau jam 1 pagi.

Posing di Ludhliana, Slovenia Perjalanan dari SPLIT Crotia ke Ludhliana Slovenia agak jauh. Namun jalan cantik, lebuhraya yang baru siap dan tak banyak kenderaan.  Namun hujan lebat memaksa pemanduan jadi perlahan, sekitar 90kmj.  Kami bergerak dari Split jam 1.30pm, dan bayangkan kami hanya sampai ke Slovenia jam 1 pagi.  Ini termasuklah sesat jalan dan tersasar jauh kerana GPS penat dan penjaganya tertidur.  Kah..kah... Berhenti kat petrol pam dan tidur hingga pagi.  Kelakarnya tandas petrol pump tutup, jadi nak melepas sangat bermasalah.  Tentu sahaja ada jalan keluar yang kreatif yang tidak boleh diceritakan.  Jam 6 pagi tersedar dan bergerak ke petrol pump lain yg ada tandas utk cuci badan dan solat subuh.  Sarap roti dan serunding, Lepas tu ronda-ronda di kawasan old town .  Tak orang jalan masih pagi.  Tapi parking no problem.