Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Tangkuban Perahu: Realiti yang tak sehangat metosnya.

Gunung Tangkuban Perahu               Awal pagi Pak Cicip sudah tiba di Hotel Dago dengan Advanza hitamnya   Seperti yang dirancang Pak Cicip akan membawa hamba dan rakan ke Gunung Tangkuban Perahu. Tangkuban Perahu terletak sekitar 30 km di daerah Lembang, utara Kota Bandung. Ketinggian gunung ini ialah   2,084 meter. Suasana di sini agak sejuk, dan terdapat sumber mata air panas di kaki gunungnya dan deretan kawah gunung berapi yang mempunyai tarikannya yang tersendiri.Tangkuban Perahu sebenarnya adalah gunung berapi yang bentuk kawahnya   menyerupai perahu yang terbalik. Namun awas dengan penjual cenderahati “batu gunung”, mereka sangat gigih, selamba dan pandai memujuk. Anda akan “terkena” jika darjah belas kasihan anda tinggi.     Kawah Gunung Berapi yang klasik Berikut adalah "metos" Tangkuban Perahu itu: Gunung berapi yang sejuk cuacanya          ...

Masjid Sultan Hasan: Kutemui toleransi murni

Pintu masuk ke Madrasah/masjid Sultan Hassan   Rakan hamba bernama Taufik, seorang pelajar sarjana falsafah dan pembandingan agama Universiti Azhar mencadangkan supaya ke sebuah masjid yang dahulunya adalah kompleks yang terdiri sebuah masjid, sebuah istana ditingkat atas dan madrasahr-madrasah di tingkat bawah. Masjid ini pernah menjadi lambang toleransi empat mazhab fekah yang utama di dunia. Dalam kurun ke 13 lagi ketaksuban mazhab telah berjaya diselesaikan. Posing di mihrab masjid yang terukir sangat cantik Masjid tersebut adalah Masjid Sultan Hassan. Ia adalah se buah masjid dan madrasah  besar Mamluk  yang dibina berdekatan Kota Kubu Kaherah . Nama masjid ini diambil sempena nama Sultan Hassan dari Dinasti Mamalik. Baginda merupakan sultan ke-19 dari pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang memerintah Mesir. Beliau merupakan anak ketujuh dari anak-anak Sultan Nasser Mohd ibn Qalawun.   Dewan yang luas Masjid ini telah dibina oleh Bashi...

Mozart: Kutemui kau di Salzburg Austria

Sungai yang lesu tapi tenang di Salzburg          Sampai di Salzburg, Austria dah pukul 5.00pm, cuaca agak sejuk berbetulan dengan musim gugur. Perjalanan dari Munich memang selesa dengan lebuhraya (autobahn) yang tiada had laju.  Ferari dan Porche dipandu macam pelesit.  Namun tiada ketemu kemalangan. Hamba melepaskan lelah di Sg Salzburg yang mengalir lesu. Angin bertiup agak kuat dan mengugurkan daun pokok maple yang berjajaran sepanjang sungai tersebut. Tidak apa yang dapat dibuat kecuali merayau-rayau sekitar bandar yang tenang ini sebelum balik tidur di hotel budget dan merancang untuk aktiviti esok. Getreidegasse yang klasik          Tempat yang menjadi kemestian pagi pengunjung Salzburg ialah pusat kota yang bersejarah, yang juga pusat perniagaan yang bernama ”Getreidegasse”. Ia wujud sejak zaman petengahan lagi yang ditandai oleh hasil kerja “besi” yang memukau.  Sampai satu persimpangan, hamba lihat ...

Jordan Valley - Kutemui jejak terakhirmu, Muaz r.a

                Semasa dalam perjalanan pulang dari Yarmouk, rakan hamba yang berbangsa Palestin mengajak hamba dan rakan menyusuri kawasan Lembah Sungai Jordan.  Kawasan yang bersebelahan dengan wilayah Palestin yang terjajah.  Sangat cantik pemndangan di kawasan ini kebetulan ketika itu musim bunga.  Tanahnya sangat subur, sesubur tamadun yang pernah membangun di situ. Dalam banyak-banyak kesan sejarah di situ, hamba menghabiskan masa yang lama di Masjid Muaz bin Jabbal r.a. Satu nama yang sangat harum dalam peradapan Islam. Maqam Muaz Ibn Jabal r.a                Berikut aadalah beberapa catatan sejarah tentang insan hebat ini.  Muaz bin Jabal r.a dilahirkan di Madinah. Mempunyai ciri-ciri keistimewaan sebagai seorang yang sangat pintar, mempunyai penampilan sebagai seorang yang perkasa dan berhemah tinggi. Allah mengurniakan kepada beliau kepetahan bercakap, mempunyai rupa p...

Venice yang indah khabar dari rupa

VENICE YANG KUTEMUI Membaca akhbar semalam tentang bandar Venice ditenggelami air agak mengejutkan.  Penduduk kota ini sihat-sihat belaka kerana mereka terpaksa berjalan kaki atau menaiki bot untuk ke sana sini.  Tak ada kereta atau motosikal di kota lama ini. Sesuatu yang selalu hamba fikirkan tentang kota ini ialah suasana yang romantik, tenang dan nyaman. Namun apa yang hamba lihat suasana yang sebaliknya.  Bangunan yang tidak terurus warnanya, banyak contengan di sana sini.  Dan kalau berjalan di waktu malam ada rasa tak selamat. Dataran San Marco adalah port penduduk Venice di malam minggu. Dataran San Marco yang tua dan kotor Cuba baca catatan yang hamba ambil dari Wikipidia:  (Propaganda yang lucu) Venice  (Itali: Venezia, Venice: Venezsia) adalah sebuah bandar di utara Itali, ibu kota bahagian Veneto, dan mempunyai penduduk berjumlah 271,251 (anggaran banci  1 Januari  2004). Bersama-sama dengan Padua, bandar raya ini termasu...

Kuching - Tersua Masjid Tambi Kuching di celah kedai yang berderetan

Masjid India di Kuching Sarawak Semasa merayau-rayau di sepanjang kedai di kawasan water front Kuching, hamba mendengar laungan azan zohor. Hamba meninjau jika ada masjid atau surau yang berdekatan.  Tak nampak kubah atau struktur masjid di kawasan yang berdekatan.  Hamba bertanya dengan beberapa orang dan mereka menunjuk arah di mana terletaknya masjid yang paling tua di Sarawak.  Masjid tersebut dibina berderetan dengan kedai-kedai yang mengadap sungai Sarawak. Idea "India muslim" ini sangat praktikal.  Di mana mereka berniaga, di situ mereka mendirikan masjid. Masjid berdekatan dengan pusat komersial. Masjid "kita" selalunya perlukan "privacy", sunyi, senyap, dan tenang, lalu didirikan di kawasan yang terpisah dari penempatan.  Malangnya bilangan jemaahnya statik. Masjid India itu terletak di belakang deretan kedai di tengah tengah Bandar Kuching. Melalui laluan sempit yang dikenali sebagai "Lorong Sempit" un...

Siak - Terpegunku di Masjid Raya Siak yang segar kenangan silamnya.

Masjid Raya Syahabudin Siak Pada perancangan asal hamba nak naik    sampan    injin sangkut dari Pekan Baru Riau ke Kota Siak ini.    Tapi mengenangkan hujan lebat yang berpanjangan, hamba ambik keputusan untuk menyewa kereta sahaja. Tempat pertama hamba tuju ialah masjid “raya”.    Zohor belum masuk lagi, jadi hamba ambil kesempatan berehat-rehat di jeti masjid yang mengadap Sungai Siak ini. Sungguh segar dan nostalgik sambil mengenang konflik yang berlaku dahulu semasa Kerajaan Melayu Johor Riau gagah perkasa di nusantara.   Sayu mengenangkan sesama saudara berkonflik kerana berebut kuasa. Suasana di Siak ini klon suasana negeri hamba Johor. Mimbar masjid yang ringkas tapi memukau Masjid tersebut dikenali sebagai Masjid Syahabudin Siak.  Masjid ini dibangunkan oleh keturunan para Sultan Siak . Nama masjid Syahabudin diambil dari nama suku Syahad dari keturunan Sultan Kerajaan Siak yang berasal dari Arab, mulai dari Sultan ...

Makam Syeikh Burhanuddin Ulakan.

  Syeikh Burhanuddin Ulakan penyebar Islam di Minangkabau Hanya untuk memahami sejarah lalu                 Setelah puas menikmati pemandangan Desa Maninjaou yang cantik, tenang dan klasik sambil menuruni Kelok 9 yang mendebarkan. Sungguh enak menikmati makan tengahari berlaukan dendeng dan ikan emas bakar (talapia merah) di tepi tasik yang kebiruan.  Hamba teringat di sini tanah kelahiran tokoh agama nusantara yang terkenal, Buya Hamka. Bersama bapanya, Buya Hamka telah membawa masyarakat kepada lahirnya fahaman Kaum Muda.  Agak menarik kerana sebelum ini telah lahir tokoh yang berjasa menyebarkan Islam di daerah ini iaitu Syeikh Burhanuddin Ulakan.  Hamba meneruskan perjalanan ke Ulakan yang terletak di daerah Priaman.   Pariaman adalah kawasan j ajaran pantai yang mengadap laut yang teruk di landa gempa bumi yang kuat. Kesan runtuhan dan binaan rumah yang retak di sana sini masih ada lagi.   Tempat ini d...

Masjid tua di Beijing

 MASJID TUA DI BEIJING Pintu gerbang yang antik Sampai-sampai di masjid ini, jemaah baru selesai solat Asar. Pemandangan yang mengharukan kerana lihat muslim Cina yang berkopiah putih memenuhi rung solat. Air muka mereka bersih, lemah lembut tutur kata dan nampak keikhlasan mereka ketika menerangkan sesuatu.  Di keliling masjid ini dipenuhi dengan bangunan tinggi yang moden. Masjid ini terus kekal ratusan tahun. Posing kenangan dengan Imam Dalam perbualan "bahasa isyarat" dengan imam masjid ini, beliau kata selain untuk beribadah dan berdakwah, masjid ini juga ada kedai yang menjual barang "halal" dan busana muslim.  Hebat..hebat.. walau ditekan oleh pemerintah yang atheis dan komunis, mereka tetap mempertahankan akidah mereka. Di masjid ini hamba beli kopiah-kopiah yang cantik, hiasan kereta dengan tulisan khat dan mee segera yang ada logo "halal". Mereka berdikari tanpa mengharapkan "belas ehsan semata-mata." Fikir-fiki...

Masjid Amru al-’As yang tua dan berjasa

Masjid Amru al-’As  Masjid pertama hamba bersolat di bumi Mesir bertuah ini.    Masjid bernama Masjid Saidina Amru al-‘As ini merupakan masjid yang pertama didirikan di kawasan benua Afrika. Masjid ini telah dibina oleh Saidina Amru ibn al ‘As bersama beberapa orang sahabat ketika itu.  Khalifah Umar al Khattab radhiAllahu an.hu telah memberi tanggungjawab kepada Amru al ‘As untuk membina masjid setibanya berjaya membuka Mesir. Pembinaannya dimulakan pada tahun 21H / 641M di Fustat , Ibu Kota Mesir pada waktu itu sebelum Kaherah.  Dengan berbekalkan kumpulan tenaga kerja yang lebih 60 orang sahabat baginda Rasulullah SallAllahu alaihi wasalam. Masjid ini dibina dan ia dikenali sebagai Masjid Amru al ‘As bersempena dengan nama panglima Islam yang telah membuka Mesir. Pada peringkat awal , ia merupakan masjid yang menjalankan pengajian keilmuan yang tulen dari ulama' yang ikhlas menyatakan ilmu Allah Taala. Imam Syafei rahimahu’Llah telah m...

Masjid Seribu Tiang Jambi

“MASJID SERIBU TIANG” - MASJID AGUNG AL FALAH JAMBI.             Semasa sampai di Kota Jambi, matahari sudah jatuh terbenam.  Hamba perlu membersihkan diri dan solat maghrib setelah perjalanan lapan jam dari Kota Palembang. Seperti biasa hamba akan cari masjid utama di kota ini. Hamba terus ke Jln. Sultan Thaha No.60 , Kelurahan Legok, Kecamatan Telanaipura, Kota Jambi. Provinsi Jambi di mana tertegaknya sebuah masjid yang terkenal dengan nama glamornya, “Masjid Seribu Tiang”. Sebutan seribu tiang ini lahir dari para pendatang yang singgah dan sholat di masjid ini dan melihat begitu banyak tiang penyanggah bangunan masjid tanpa pintu dan jendela ini. Tiang berukir dan disalut tembaga             T anah lokasi di mana Masjid Agung ini berdiri, dulunya merupakan pusat kerajaan Melayu Jambi. Namun pada tahun 1885 dikuasai penjajah Belanda dan dijadikan pusat pemerintahan dan benteng...