Skip to main content

Kuching - Tersua Masjid Tambi Kuching di celah kedai yang berderetan


Masjid India di Kuching Sarawak
Semasa merayau-rayau di sepanjang kedai di kawasan water front Kuching, hamba mendengar laungan azan zohor. Hamba meninjau jika ada masjid atau surau yang berdekatan.  Tak nampak kubah atau struktur masjid di kawasan yang berdekatan.  Hamba bertanya dengan beberapa orang dan mereka menunjuk arah di mana terletaknya masjid yang paling tua di Sarawak.  Masjid tersebut dibina berderetan dengan kedai-kedai yang mengadap sungai Sarawak. Idea "India muslim" ini sangat praktikal.  Di mana mereka berniaga, di situ mereka mendirikan masjid. Masjid berdekatan dengan pusat komersial. Masjid "kita" selalunya perlukan "privacy", sunyi, senyap, dan tenang, lalu didirikan di kawasan yang terpisah dari penempatan.  Malangnya bilangan jemaahnya statik.


Masjid India itu terletak di belakang deretan kedai di tengah tengah Bandar Kuching. Melalui laluan sempit yang dikenali sebagai "Lorong Sempit" untuk menuju ke Gambier Road. Nasib baik masjid ini tidak diberi nama Masjid Gambir Sarawak. Masjid ini telah dibina pada tahun 1837 oleh India Muslim dari selatan India. Struktur masjid ini telah mengalami banyak perubahan sejak  dibina di pertengahan abad ke-19. Dinding asalnya dan bumbung dibuat daripada pokok nipah. Pada tahun 1876, kayu papan menggantikan dinding nipah.  Nama asalnya, Masjid India (Masjid Tambi) ditukar kepada Masjid Bandar Kuching pada tahun 1960an.  Penduduk Melayu Islam dari kampung-kampung lain akan bersembahyang dan berehat apabila mereka datang untuk berdagang atau membeli belah di bandar Kuching. Sehingga hari ini, Masjid India masih menjadi tumpuan kepada pelancong yang letih untuk berehat dan bersolat. Masjid ini mampu menampung sehingga 1000 jemaah. Masjid ini juga mengedalikan sekolah agama yang pertama di Sarawak, ia telah ditubuhkan pada tahun 1940-an. Madrasah Islamiah ini masih beroperasi sehingga sekarang. Jawatankuasa Lembaga Amanah Khairat mentadbir Masjid India, memperolehi dana dari sewa yang dipungut daripada 23 deretan kedai yang dimiliki terutamanya oleh India Muslim yang menjual barangan runcit, rempah ratus, kain dan buku-buku. Perniagaan keluarga ini telah diturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.

Pesan Spritual:  
Ibnu 'Umar berkata, "Sesungguhnya yang lebih berhak dibersihkan oleh seseorang ialah lidahnya."

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...

Sejarah Kubah Emas di Masjid Al Aqsa

  Di dalam Masjid al-Aqsa terdapat beberapa buah kubah cantik yang menghiasi halaman masjid. Kesemua kubah ini telah dibina semenjak pemerintahan Islam lagi bermula dari zaman Umaiyah hinggalah ke zaman pemerintahan al-Ayyubi, Mamluk dan Uthmaniyyah. Usaha-usaha tersebut merupakan manifestasi umat Islam akan keprihatinan mereka dalam memberi impak dan sumbangan untuk menghidupkan Masjid al-Aqsa. Kubah-kubah ini telah dibina atas pelbagai tujuan antaranya dijadikan tempat untuk para jemaah menunaikan solat, majlis-majlis ilmu  atau tempat untuk melakukan ibadah dan iktikaf. Berikut merupakan 15 buah kubah yang terdapat di dalam halaman Masjid al-Aqsa:   Kubah as-Sakhrah al-Mushrifah (Kubah Batu / The Dome of the Rock) Merupakan salah satu model seni bina Islam yang paling agung dan indah pada era awal pemerintahan Islam di dunia. Kubah ini telah dibina semasa kerajaan Umaiyah oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan pada tahun 65-86 H bersamaan dengan tahun 685-705 M di k...