Jeepney yang berwarna warni Sesuatu yang menarik perhatian di Kota Manila ialah kehadiran Jeepney yang melata membelah kota tak kira siang atau malam. Untuk ke Kiapo, sebuah kawasan pinggir kota yang didiami oleh orang-orang Islam Mindanao, hamba menaiki sebuah jeepney yang cantik ini. Memang tak ada keselesaan, sama seperti "Angkutan Kota" di Indonesia atau kalau di Malaysia dulu "Bas Mini". Kenderaan antik ini berasal dari 'Jeep Humphrey' iaitu sejenis tentera milik USA. Setelah Amerika meninggalkan Filipina, jeep ini telah diubahsuai di mana body nya telah dipanjangkan sehingga menjadi Jeepney sekarang ini. Kerana body-nya yang panjang, jeepney mampu menmbawa sehinga 20 orang penumpang. Bentuknya unik ini telah menghilangkan imej kenderaan berperang ini kepada seperti kenderaan mainan sahaja. T iada pintu di bahagian depan pemandu. Nama Jeepney ini pula pelbagai dan memberi nama dan imej yang tertentu. Selalunya nama yang ...
MOHD AMIN AHMAD ajiemintebo@blogspot.com