Skip to main content

Posts

Yarmuk - Kutemui wilayah rebutan sepanjang zaman

         Sempadan rebutan sepanjang zaman.   Pemandangan yang cantik dan aman, di sebelah kiri hamba Bukit Gholan, Syria, di belakang wilayah Israel, sebelah kanan bahu hamba wilayah Palestin dan hamba berdiri di wilayah Jordan.   Nun sayup di bawah adalah Sungai Jordan yang memisahkan wilayah rebutan sepanjang zaman itu.  Dan cerun itu jugalah tempat berkuburnya 80 ribu tentera Byzantine yang tewas dalam Perang Yarmouk yang mashyur itu.  Mungkin di tempat hamba berdiri inilah tentera Islam mengibarkan panji kemenangan dengan senyum lebar penuh kesyukuran di ketuai oleh General perang Khalid Ibn Walid r.a..  Bilakah akan muncul Khalid Ibn Walid ke dua? Perang Yarmouk         Perang ini berlaku pada 15-20 Ogos 636M di Yarmouk, Jordan.  Perang Yarmouk juga dikenali dengan Perang Hieromyax atau   Battle of Hieromyax   oleh cendiakiawan barat. Perang Yarmouk dikenang sebagai antara perang bersejarah di...

Tangkuban Perahu: Realiti yang tak sehangat metosnya.

Gunung Tangkuban Perahu               Awal pagi Pak Cicip sudah tiba di Hotel Dago dengan Advanza hitamnya   Seperti yang dirancang Pak Cicip akan membawa hamba dan rakan ke Gunung Tangkuban Perahu. Tangkuban Perahu terletak sekitar 30 km di daerah Lembang, utara Kota Bandung. Ketinggian gunung ini ialah   2,084 meter. Suasana di sini agak sejuk, dan terdapat sumber mata air panas di kaki gunungnya dan deretan kawah gunung berapi yang mempunyai tarikannya yang tersendiri.Tangkuban Perahu sebenarnya adalah gunung berapi yang bentuk kawahnya   menyerupai perahu yang terbalik. Namun awas dengan penjual cenderahati “batu gunung”, mereka sangat gigih, selamba dan pandai memujuk. Anda akan “terkena” jika darjah belas kasihan anda tinggi.     Kawah Gunung Berapi yang klasik METOS TANGKUBAN PERAHU             Beribu-ribu tahun yang lalu, tanah Parahyangan dipimpin ...

Masjid Sultan Hasan: Kutemui toleransi murni

Pintu masuk ke Madrasah/masjid Sultan Hassan   Rakan hamba bernama Taufik, seorang pelajar sarjana falsafah dan pembandingan agama Universiti Azhar mencadangkan supaya ke sebuah masjid yang dahulunya adalah kompleks yang terdiri sebuah masjid, sebuah istana ditingkat atas dan madrasahr-madrasah di tingkat bawah. Masjid ini pernah menjadi lambang toleransi empat mazhab fekah yang utama di dunia. Dalam kurun ke 13 lagi ketaksuban mazhab telah berjaya diselesaikan. Posing di mihrab masjid yang terukir sangat cantik Masjid tersebut adalah Masjid Sultan Hassan. Ia adalah se buah masjid dan madrasah  besar Mamluk  yang dibina berdekatan Kota Kubu Kaherah . Nama masjid ini diambil sempena nama Sultan Hassan dari Dinasti Mamalik. Baginda merupakan sultan ke-19 dari pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang memerintah Mesir. Beliau merupakan anak ketujuh dari anak-anak Sultan Nasser Mohd ibn Qalawun.   Dewan yang luas Masjid ini telah dibina oleh Bashi...

Mozart: Kutemui kau di Salzburg Austria

Sungai yang lesu tapi tenang di Salzburg          Sampai di Salzburg, Austria dah pukul 5.00pm, cuaca agak sejuk berbetulan dengan musim gugur. Perjalanan dari Munich memang selesa dengan lebuhraya (autobahn) yang tiada had laju.  Ferari dan Porche dipandu macam pelesit.  Namun tiada ketemu kemalangan. Hamba melepaskan lelah di Sg Salzburg yang mengalir lesu. Angin bertiup agak kuat dan mengugurkan daun pokok maple yang berjajaran sepanjang sungai tersebut. Tidak apa yang dapat dibuat kecuali merayau-rayau sekitar bandar yang tenang ini sebelum balik tidur di hotel budget dan merancang untuk aktiviti esok. Getreidegasse yang klasik          Tempat yang menjadi kemestian pagi pengunjung Salzburg ialah pusat kota yang bersejarah, yang juga pusat perniagaan yang bernama ”Getreidegasse”. Ia wujud sejak zaman petengahan lagi yang ditandai oleh hasil kerja “besi” yang memukau.  Sampai satu persimpangan, hamba lihat ...

Jordan Valley - Kutemui jejak terakhirmu, Muaz r.a

Maqam Muaz Ibn Jabal r.a                 Semasa dalam perjalanan pulang dari Yarmouk, rakan hamba yang berbangsa Palestin mengajak hamba dan rakan menyusuri kawasan Lembah Sungai Jordan.  Kawasan yang bersebelahan dengan wilayah Palestin yang terjajah.  Sangat cantik pemndangan di kawasan ini kebetulan ketika itu musim bunga.  Tanahnya sangat subur, sesubur tamadun yang pernah membangun di situ. Dalam banyak-banyak kesan sejarah di situ, hamba menghabiskan masa yang lama di Masjid Muaz bin Jabbal r.a. Satu nama yang sangat harum dalam peradapan Islam.               Berikut aadalah beberapa catatan sejarah tentang insan hebat ini.  Muaz bin Jabal r.a dilahirkan di Madinah. Mempunyai ciri-ciri keistimewaan sebagai seorang yang sangat pintar, mempunyai penampilan sebagai seorang yang perkasa dan berhemah tinggi. Allah mengurniakan kepada beliau kepetahan bercakap, mempunyai rupa paras dan tutu...

Venice yang indah khabar dari rupa

VENICE YANG KUTEMUI Membaca akhbar semalam tentang bandar Venice ditenggelami air agak mengejutkan.  Penduduk kota ini sihat-sihat belaka kerana mereka terpaksa berjalan kaki atau menaiki bot untuk ke sana sini.  Tak ada kereta atau motosikal di kota lama ini. Sesuatu yang selalu hamba fikirkan tentang kota ini ialah suasana yang romantik, tenang dan nyaman. Namun apa yang hamba lihat suasana yang sebaliknya.  Bangunan yang tidak terurus warnanya, banyak contengan di sana sini.  Dan kalau berjalan di waktu malam ada rasa tak selamat. Dataran San Marco adalah port penduduk Venice di malam minggu. Dataran San Marco yang tua dan kotor Cuba baca catatan yang hamba ambil dari Wikipidia:  (Propaganda yang lucu) Venice  (Itali: Venezia, Venice: Venezsia) adalah sebuah bandar di utara Itali, ibu kota bahagian Veneto, dan mempunyai penduduk berjumlah 271,251 (anggaran banci  1 Januari  2004). Bersama-sama dengan Padua, bandar raya ini termasu...

Kuching - Tersua Masjid Tambi Kuching di celah kedai yang berderetan

Masjid India di Kuching Sarawak Semasa merayau-rayau di sepanjang kedai di kawasan water front Kuching, hamba mendengar laungan azan zohor. Hamba meninjau jika ada masjid atau surau yang berdekatan.  Tak nampak kubah atau struktur masjid di kawasan yang berdekatan.  Hamba bertanya dengan beberapa orang dan mereka menunjuk arah di mana terletaknya masjid yang paling tua di Sarawak.  Masjid tersebut dibina berderetan dengan kedai-kedai yang mengadap sungai Sarawak. Idea "India muslim" ini sangat praktikal.  Di mana mereka berniaga, di situ mereka mendirikan masjid. Masjid berdekatan dengan pusat komersial. Masjid "kita" selalunya perlukan "privacy", sunyi, senyap, dan tenang, lalu didirikan di kawasan yang terpisah dari penempatan.  Malangnya bilangan jemaahnya statik. Masjid India itu terletak di belakang deretan kedai di tengah tengah Bandar Kuching. Melalui laluan sempit yang dikenali sebagai "Lorong Sempit" un...