Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Ikhtikaf di Masjid Seribu Tiang di Kota Jambi

Jika kita berkunjung ke Kota Jambi salah satu ikon bagi "kembara religi" ialah Masjid Agung Al Falah. Masjid ini terletak di  alamat No. 60, Jalan Sultan Thaha, Kelurahan Legok, Kecamatan Telanaipura, Kota Jambi.  Namun nama yang lebih popular bagi masjid ini ialah "Masjid Seribu Tiang”.  Sebutan seribu tiang ini lahir dari para pendatang yang singgah dan sholat di masjid ini dan melihat begitu banyak tiang penyanggah bangunan masjid tanpa pintu dan jendela ini. Masjid ini juga tidak mempunyai dinding. Lokasi Masjid Seribu Tiang ini adalah dulunya merupakan pusat pemerintahan kerajaan Melayu Jambi. Istana sultan juga terletak di sini. Namun apabila penjajah Belanda berjaya menakluki Kota Jambi ini pada tahun 1885, mereka mengambil alih tempat ini sebagai pusat pemerintahan mereka.  Masjid Seribu Tiang ini dibina di tanah bekas Istana Tanah Pilih milik sultan Jambi iaitu Sultan Thaha Syaifudin.  Musnahnya pusat pemerintahan di Tanah Pilih ini bermula apabila pada...

Kampungku: "Sejarah Melayu Jambi di Kampung Tanjung Semberong Batu Pahat"

Ikon Kampung Tanjung Semberung ialah masjid tuanya yang cantik dan unik binaannya berbanding dengan masjid lain di Johor. Bayangkan masjid kampung yang agak kukuh dan indah ini boleh dibina kira-kira hampir 90 tahun yang lalu.  Tentu sahaja kampung ini juga mempunyai sejarah yang juga tak kurang hebat untuk dikaji.  Hamba dilahirkan di kampung ini, Kampung Tanjung Semberong, Mukim 7, Batu Pahat Johor.  Hamba membesar di sini sebelum berhijrah ke beberapa tempat lain. Kenapa batu jalan di kampung hamba ini bermula dengan 0. Sungai adalah penanda sempadan kampung ini. Kampung ini terletak di persimpangan Sungai Batu Pahat iaitu Sungai Simpang Kanan yang menuju ke Yong Peng dan Sungai Simpang Kiri yang menuju ke Parit Yaani.  Pecahan dua sungai ini membentuk satu tanjung.  Lalu dinamakan orang Kampung Tanjung Semberong.  Sampai sekarang kampung ini masih mengalami air sungai yang pasang surut. Dulu ketika sungai menjadi laluan utama ke Bandar Batu Pahat, Kg. T...

Tersangkut semalaman di Hirtshal kerana feri sudah berlepas

Hirtshal adalah sebuah pekan kecil di utara Denmark. Tidak ada apa-apa yang menarik di sini kecuali ada pelabuhan yang menawarkan perjalanan dari Denmark ke wilayah Norway. Hirtshal adalah sebuah bandar kecil yang ada pelabuhan kecil sahaja Hirtshals berperanan untuk menghubungkan Denmark, Norway dan beberapa negara lain yang berdekatan. Pelabuhan Hirtshal pula hanya ada dua kali perjalanan, jam 10 dan 1 pm sahaja. Selain itu kawasan berhampiran laut utara ini dihiasi dengan ladang-ladang sayuran, strawberi atau semak samun yang kehijauan Pekan ni agak sunyi dan kurang aktiviti Aktiviti perniagaan adalah berasaskan perikanan dan maritim. Hotel pun tak banyak di sini, kerana Hirtshal bukanlah sebuah bandar pelancungan. Tak banyak tempat menarik kat sini. Kedai yang kecil-kecil sahaja. Aktiviti berasaskan maritim laut adalah segalanya Kalau tidak nak short cut ke Bergen Norway sudah tentu aku tidak menjejakkan kaki ke sini.  Terpaksa ti...

Trajedi lesapnya alat kebesaran untuk pertabalan sultan dalam kerajaan Johor lama

Semasa berjalan mengelilingi Pulau Penyengat, saya mendapati makam Raja Hamidah atau dipanggil juga sebagai Engku Puteri yang kelihatan lebih dimuliakan berbanding dengan makam Yamtuan Muda yang lain, hatta makam ayahanda baginda sendiri iaitu Raja Haji Fisabilillah dan makam anak saudaranya Raja Ali Haji seorang pujangga tersohor. Raja Hamidah merupakan anak sulung Raja Haji Fisabilillah, yang syahid di Teluk Ketapang Melaka. Baginda dibesarkan dalam tradisi istana, kebangsawanan dan tradisi perang serta dalam persekitaran keluarga yang sangat taat pada agama dan menghargai alim ulamak. Oleh itu, Raja Hamidah dibesarkan dalam tradisi adat yang kuat, baik tradisi adat Melayu melalui ibunya, mahupun adat Bugis dari ayahnya. Raja Hamidah adalah seorang wanita yang cantik, anggun, berwibawa, cerdas dan bijaksana. Peranan Raja Hamidah dalam kerajaan Johor lama mula terserlah setelah beliau berkahwin dengan Sultan Mahmud III. Perkawinannya dengan Sultan Mahmud, ad...

Perpustakaan ini berfungsi sebagai masjid di Canberra

Agak payah juga mencari masjid di Canberra ini, tersesat-sesat sampai ke kawasan taman perumahan. Rupa-rupanya masjid ini dikenali sebagai Canberra Islamic Centre (CIC).  Ketika sampai masjid ini jam dah pukul 12.08pm. Oleh kerana masih kepenatan memandu dari Sydney ke Canberra, hamba ambil kesempatan untuk membersihkan diri, mandi dan tukar pakaian di masjid ini. Bersih masjid ini, Lepas tu solat jamak qasar zohor Asar. Masjid Canberra ini boleh ditemui jika goggle nama Australian National Islamic Library.   Perpustakaan ini memang cantik, bersih dan tersusun dan ada sepasang suami isteri yang telah pencen menjadi sukarelawan menjaga perpustakaan ini. Non muslim pulak tu. Tapi akhlak sangat baik. Kami diizinkan masuk masjid ini menggunakan pintu perpustakaan ini. Australian National Islamic Library ini adalah sangat penting sebagai pusat syiar Islam. Komuniti Islam di Canberra telah mengimpikan untuk mendirikan perpustakaan yang  memiliki kol...