Sebagai peminat Arsenal United, aku tak lepaskan peluang mengunjungi stadium Emirates. Aku sampai masih pagi dan keadaan jalan agak lengang. Aku sewa kereta Citroen Picaso. Memang syok memandu mpv ini. Aku redah dari Heathrow ke Bath, Oxford, Birmingham, Leed, Manchester, Blackfool, Fleetwood, Liverpool dan London selama 10 hari, Masa nak gi Stadium Emirates tu, aku parking kereta kat Queensland Road bersebelahan stadium. Aku tengok kosong aja. Aku kata dalam hati, kejab aja ni, lagipun awal pagi lagi. So parking tanpa bayar. Tapi nasib memang malang, balik-balik tengok kat cermin depan kereta ada surat saman. Kena saman 130 pound. masak dibuatnya ...... kalau convert RM. Apa lagi bayar ajalah, online. senang aja. Lepas insiden tu, mula rasa cuak nak sebarang parking. Masa nak solat Jumaat di masjid Holloway, kes sama berlaku nak cari tempat parking. Punya susah. Sebab tu ramai kawan suruh guna public trans...