Kutemui Salzburg ketika matahari belum terbit. Aku hanya mampu memandang Sungai Salzach yang membelah kota lama (Altstadt) dan kota baru (Neustadt) Salzburg yang mengalir dengan tenang dan lesu menuju destinisinya. Salzburg adalah sebuah wilayah Austria yang terletak di bahagian utara Banjaran Alps dan dekelilingi oleh dua gunung kecil iaitu Monchsberd dan Kapuzinerberg. Salzburg berasal dari bahasa Jerman yang bermaksud kota garam. Diceritakan kota ini dulu adalah penting untuk peniagaan garam di Eropah dan sungai Salzach inilah yang menjadi nadi perhubungannya. Pada tahun 1997, UNESCO telah memasukkan Old Town ini ke dalam World Heritage Site dengan nama Historic Centre of the city of Salzburg. Mentari baru muncul dan kelihatan manusia mula bangun dan bergerak menyusuri sungai lesu ini. Mamat melayu ini masih bermenung dan merenung sungai ini, cantiknya kejadian ciptaan Allah ini. Daun maple berguguran, mencetus ilham untuk berkarya. Seorang tua me...
MOHD AMIN AHMAD ajiemintebo@blogspot.com