Skip to main content

Sarajevo - Latin Bridge yang mencetus perang dunia

Latin Bridge adalah jambatan yang dibina di zaman Uthmaniah yang merintangi Sungai Miljacka di kota Sarajevo. Di jambatan inilah tempat Archduke Franz Ferdinand dari Austria telah dibunuh oleh seorang pelampau Serbs yang bernama Gavrilo Princip pada tahun 1914. Peristiwa ini telah menjadi pencetus kepada perang dunia pertama.
Latin Bridge ini merupakan jambatan tertua di Sarajevo dan telah dibina sekitar tahun 1541 oleh Hussein Sirmerd. Jambatan kayu ini dibina semula menggunakan batu pada tahun 1565 oleh Ali Ajni-Beg. Pada 15 November 1791 jambatan ini rosak teruk setelah Sarajevo dilanda banjir besar. Kerja baik pulih telah dibuat oleh seorang saudagar kaya bernama Abdullah-aga Briga dan siap pada tahun 1799. Latin Bridge mempunyai empat “arches” dan tiga tiang kukuh yang dibuat dari batu. Jambatan ini menjadi lambang kebanggaan warga Sarajevo. Semasa era Sarajevo diperintah oleh Yugoslavia jambatan ini dinamakan sebagai Princips Bridge. Ikut nama pelampau Serb yang membunuh Archduke Franz Ferdinand.
Semasa perbicaraan di mahkamah pada 12 Oktober 1914, Gavrilo Princip telah menjelaskan peristiwa tersebut seperti catatan berikut:

Prosecution: Did you know that there was a Muslim?

Accused: I knew, but he didn't tell me. I saw him one evening. On the day of the assassination I wanted to find someone who would not be conspicuous, and I found the son of the prosecutor, Svara, and one Spiric. First I walked with Spiric. Then we invited Svara and we walked and talked about ordinary things. At first we were in the park and I wanted to stay there, but they wanted to go to the Korso (a promenade). I didn't want to stay there because I had to go to my place. So I returned there and I walked on the quay and I was at my assigned place. The automobile arrived and I heard the blast of a bomb. I knew that that was one of ours, but I didn't know which one. The mob started to run, and I ran a little too and the automobile stopped. I thought that it was over and I saw that they had Cabrinovic. I thought that I would kill him so that no one would know anything further, and then kill myself, too. I abandoned that idea, because I saw that the automobiles passed by. Up to then I had not seen the Archduke. I went to the Latin Bridge and then I heard that the assassination had not succeeded. Then I took thought as to where to stand, because I knew where he would pass from having read it in the Bosanska Posta (Bosnian Post) and the Tagblatt. Then I saw that a lady was sitting with him, but because they passed so fast I did not know whether she was sitting. Then I stood and one Pusar came up to me and touched my bumcheeks and said, "Do you see how dumb they are?" I was silent. He called me aside and because I thought he was a spy I thought that he wanted to get something out of me. A relative of his is a spy, so I thought that he was too. I don't know whether or not he was near me, but then the automobile came and I took out the revolver and I shot at Ferdinand twice from the distance of four or five paces.


Sarajevo dalam kenangan ...........satu kota yang rencam sifatnya dan menjadi rebutan sepanjang zaman.  Aku akan datang lagi menjengukmu Sarajevo ....... tunggu.....!!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...