Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

Venice - Ku rasakan kepalsuan romantika Gondola

Sesuatu yang selalu aku bayangkan bertapa romantiknya jika dapat menaikki gondola terutama bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Menyusuri setiap keluk dan terusan di bandar tua Venice. Namun apa yang kulihat, yang menaikki gondola ini bukan pasangan muda tetapi pasangan tua yang banyak duitnya.  Bayangkan untuk kayuhan yang tak sampai 30 minit kena bayar Euro60.  Aaaah....! lupakan saja baik kayuh sampan di Tasik Putrajaya. Gondola bukan lambang ketulusan cinta murni lagi tetapi menjadi lambang kekayaan dan ketinggian ego manusia. Aku muhasabah diri mengenang motivasi Portugis menjajah Melaka dulu yang mengatakan pelabuhan Melakan adalah Venice Timur.  Tapi Melaka hilang sisa nostalgianya sedangkan Venice terus menggamit pelancung untuk datang dan terus datang. Aku tak sudi menaikki mu gondola. Kau adalah lambang kepalsuan romantika yang mencekik darah. Venice, ku datang sekali dan aku tak ingin datang mendakapmu lagi.  Adios! ...

Puisi Kembara - KOLEK BERALUN PATAH PENDAYUNG

Kolek jalur beralun ikut gelora lautan Pendayung patah kepenatan Gelisah, risau, juragan tua tahankan Terbayang anak menangis kelaparan. Hidup mesti berdugaan Menguji erti keimanan kehidupan Rancang, usaha, takdir penentuan. Kolek terdampar tanpa juragan di daratan Anak termenung kebingungan Tenggiri busuk di buritan. Emak dan adik dalam penantian Sesuap nasi untuk dimakan Terbayang malam kelam nan memanjang Ah Long terusan mendesak menagih hutang Beras di kampit kekontangan Hujan merintih menambah kesempitan Esok si anak yatim meredah lautan Kolek jalur berteman pukat Juragan igusan bakal sesat Antara membawa ikan atau dimakan ikan Siapakah harus disalahkan Manusia atau alam Atau kerana laungan mereka tak kuat Atau wakil rakyat sudah pekak. Ajiemin Tebo 2015

Puisi Kembara - Suatu masa dulu

Nun di lereng bukit lari berlarian Terkejar, mengejar dan dikejar Tersandung buku mencium tanah Tersedu melihat kudis berdarah lagi Terkedu takut di leter guru Tersedu malu diolokki teman Terkedu tanda alah permainan Ia seperti bayi merah lagi Mengenggam tangannya Kanan mesti berisi ilmu Kiri mesti berisi rezeki Tangan mereka masih belum bernanah Tangan mereka masih belum berdarah Tangan mereka masih belum berlumpur Dosa dan noda bukan milik mereka. Ajiemin Tebo 2015

Puisi kembara - Hujan Emas di Negeri Sendiri

Kami adalah kaum marhaen yang kalut Kekadang kami adalah Banir-banir bakau yang saling berperang Atau dedalu berselirat mengancam Kami adalah renek yang berjuang melihat awan. Kerana si saka yang rendang aman Menyempitkan ruang kami untuk terus bernafas Menara Kl dan KLCC Sombong mendongak mencakar alam Karak, Barat Timur dan Utara Selatan Menjalar membelah alam MAS dan Air Asia memendekkan lautan Kami bangga hingga lupa rumput di bumi Dengan seribu satu fantasi. Tapi bila nyaring anak kecil meminta susu Barulah kami merenung bumi Kami hanyalah kaum marhaen Menentang alam saban hari Mencari sesuap nasi. Kami kaum marhaen Masih terus-terusan mengharap Hujan emas di negeri sendiri. Ajiemin Tebo 2015

Puisi kembara - GADIS DUSUN PENJUAL BUNGA

Aku adalah seorang kembara Mencari ilmu di mana-mana Mengarap pengalaman dunia Mencari teman di mana-mana. Kini aku kembara tempang Sebelah kakiku dibelenggu beban kerja Namun aku masih terus tercari-cari Teman untuk berbicara Teman untuk bertukar idea Teman untuk menghibur ketika rasa sepi ada di mana-mana. Lalu tak semena aku merasa perlu menulis Ku gagahkan menghayun pena mencurah rasa Kalau kau merasa perlu Balaslah puisi ini walau sebaris cuma Kerana tautan rasa tak bisa dipaksa Tak tersulam dek belas kasihan semata. Gadis Dusun penjual bunga Aku datang, aku lihat, aku tertawan, Namun belum dapat menawanmu. Ajiemin Tebo 2015

Lugano - Kususuri tasikmu dihening pagi

Sampai Lugano Switzerland, jam 2 pagi setelah sesat beberapa kali di Tasik Como Itali.  Memandu waktu malam di kawasan yang berkeluk-keluk agak mencabar. Oleh kerana kepenatan kami parking kereta bawah pokok, agak tersembunyi dan tak jauh dari tasik dan  kami pun tidur dengan nyenyaknya dalam kereta.  Rasa hangat dan hanya perlu membuka cermin sikit sahaja. Bangun awal pagi dan solat subuh di bawah pokok sahaja, kebetulan Mat Saleh belum bangun lagi.  Suasana sangat hening. Kami pun meronda-ronda dengan berjalan kaki sambil mengambil foto.  Memang cantik Lugano ini.  Aku pun tak tahu nak cerita apa, biarlah foto-foto ini yang berbicara. Mamat Melayu syok sendiri Mamat Melayu bergaya dengan Peugot sewa. Hanya itik yang memenuhi keheningan tasik di awal pagi Pemandangan yang streotaip di kawasan bertasik Itali dan Switzerland Bandar pelancungn di Switzerland biasanya kecil molek, bersih tanpa bangunan tinggi serta...

Koto Alam - Ku letakkan kakiku serentak di dua hemisfera bumi di Tugu Equator Kota Alam

Tugu Khatulistiwa di Koto Alam Tugu Khatulistiwa atau dikenali juga sebagai tugu Equator ini terletak di Koto Alam, Kabupaten 50 Kota, Sumatera Barat, Indonesia. Tugu ini dibina betul-betul di tepi jalan “Lintas Riau – Sumbar”. Tugu ini mula dibina di zaman penjajahan Belanda dan dibaiki di zaman Jepun. Tugu ini pernah disebut sebagai Sakido Mura, dan sekarang dikenali sebagai telur gajah. Disebut demikian karena memang bentuknya hanya berupa bola besar di pinggir jalan  Garis khatulistiwa adalah garis yang membahagi planet bumi menjadi dua bahagian sama besar, iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan. Garis Khatulistiwa yang melintangi garis barat-timur adalah garis yang terpanjang di antara garis-garis lintang lainnya. Garis inilah yang menentukan koordinat lintang (latitude) untuk lokasi manapun di permukaan bumi. Tugu ini jadi penanda jalur garisan khatulistiwa Garis khatulistiwa juga penanda utama yang amat menentukan wajah iklim di Bumi. Me...

Zagreb - Kota yang sibuk dan meriah sepanjang masa

Semasa merayau-rayau di Zagreb Crotia, teringat Bojan Hodak, jurulatih JDT yang berasal dari daerah ini.  Bandar Zagreb ni tak berapa besar sangat lebih kurang macam JB sahaja. Cuma agak tersusun dan public transport yang efisyen.  Tak ada kenangan indah di sini. Bandar Split lagi happening. Kebanyakan rakyat Crotia beragama Kristian Protestan. Crotia disokong sepenuhnya oleh Negara Jerman. Serbia ditaja oleh Russia sementara Bosnia dinaungki oleh Turki. Ketiga-tiga Negara ini asalnya bergabung dalam Kesatuan Yugoslavia. Tak ada cerita menarik di Zagreb. Baik cerita tentang Bojan Hodak. Sebagai anak jati Johor, tentu sahaja aku penyokong JDT Football Club.           Bojan Hodak mula menceburi bidang bola sepak sebagai pemain semasa berumur 16 tahun apabila dia menyertai kelab NK Trnje. Posisi kegemarannya ialah pertahanan tengah dan antara kelab yang pernah diwakilinya di Croatia ialah NK Vrapce, NK Hrvatsi, Dragovaljac dan NK ...