Sampai Lugano Switzerland, jam 2 pagi setelah sesat beberapa kali di Tasik Como Itali. Memandu waktu malam di kawasan yang berkeluk-keluk agak mencabar. Oleh kerana kepenatan kami parking kereta bawah pokok, agak tersembunyi dan tak jauh dari tasik dan kami pun tidur dengan nyenyaknya dalam kereta. Rasa hangat dan hanya perlu membuka cermin sikit sahaja.
Bangun awal pagi dan solat subuh di bawah pokok sahaja, kebetulan Mat Saleh belum bangun lagi. Suasana sangat hening. Kami pun meronda-ronda dengan berjalan kaki sambil mengambil foto. Memang cantik Lugano ini. Aku pun tak tahu nak cerita apa, biarlah foto-foto ini yang berbicara.
Mamat Melayu syok sendiri |
Mamat Melayu bergaya dengan Peugot sewa.
Hanya itik yang memenuhi keheningan tasik di awal pagi |
Pemandangan yang streotaip di kawasan bertasik Itali dan Switzerland |
Bandar pelancungn di Switzerland biasanya kecil molek, bersih tanpa bangunan tinggi serta tak ada kesesakan jalanraya Perjalanan masih jauh....... ikut sedap hati saja. Tak apa proper planning. |
Comments