Kami adalah kaum marhaen yang kalut
Kekadang kami adalah
Banir-banir bakau yang saling
berperang
Atau dedalu berselirat mengancam
Kami adalah renek yang berjuang
melihat awan.
Kerana si saka yang rendang aman
Menyempitkan ruang kami untuk terus
bernafas
Menara Kl dan KLCC
Sombong mendongak mencakar alam
Karak, Barat Timur dan Utara Selatan
Menjalar membelah alam
MAS dan Air Asia memendekkan lautan
Kami bangga hingga lupa rumput di
bumi
Dengan seribu satu fantasi.
Tapi bila nyaring anak kecil meminta
susu
Barulah kami merenung bumi
Kami hanyalah kaum marhaen
Menentang alam saban hari
Mencari sesuap nasi.
Kami kaum marhaen
Masih terus-terusan mengharap
Hujan emas di negeri sendiri.
Ajiemin Tebo 2015
Comments