Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

Jerash: Yang kutemui di awal pagi

Kutemui Jerash Ketika Mentari Baru Muncul       Hamba sampai Jerash jam 7.30 pagi.  Masih kosong, tiada pekerja kaunter tiket, tiada penjaga pintu masuk. Malah kedai menjual cenderamata masih belum beroperasi lagi. Hamba berjalan berkeliling menghayati Jerash, kota tinggalan penjajah Rom Timur. Lama hamba menghabiskan masa duduk di stadium lama di sini sambil membayangkan perlumbaan kuda atau pertarungan manusia dan haiwan buas. Trek lumba kuda kuno Sejarah panjang Jerash bermula pada tahun 63 Sebelum Masihi, bila Jerash telah dijajah oleh Pompei dari Rom yang telah menukar nama Jerash kepada Gerasa. Jerash juga menjalin hubungan dagang dengan kerajaan Arab Nabatean yang berpusat di Petra. Pada tahun 106 masihi Maharaja Trajan memutuskan hubungan baik dengan kerajaan Arab Nabatean, lalu mereka melancarkan serangan di Petra. Maharaja Trajan meraikan kemenangan ini dengan membina gerbang utara di hujung Cardo. Tugu Hadrian atau tugu kejayaan pul...

Kaherah - Kuhayati pengorbanan Imam Syafie di masjidnya.

Perkara pertama yang tergerak di hati hamba ketika merancang untuk bermusafir di bumi Mesir ialah menziarahi Masjid Imam Syafie.  Masjid Imam Syafie ini terletak di Jabal Muqattam. Sebelum tiba di hadapan masjid Imam Syafie,kita akan melalui "suq syafie",iaitu pasar syafie yang sibuk dan sesak.  Keadaannya serupa dengan pasar lambak di Malaysia. Ketika cuba mengelak kesesakan ini, hamba ternampak kawasan perumahan di komplek perkuburan.  Kawasan ini dikenali sebagai “Living Dead City”. Mungkin kemiskinan menyebabkan mereka membina penempatan tersebut atau mungkin mereka adalah penjaga kuburan famili mereka. Bila nak masuk masjid, hamba mendongak melihat kubah masjid yang ada simbol bahtera.  Kalau masjid di Malaysia setiap kubah ada bulan sabit. Dikatakan ini adalah kerana Imam Syafie digelar 'bahtera penyelamat umat' atas jasa-jasa beliau dalam menyusun atur usul fiqh. Masjid ini dikunjungi oleh pelbagai manusia. Nama sebenar Imam Syafie ialah Muh...

Borobudur: Ku temui tamadun sesat yang tersesat.

Tamadun Sesat yang Tersesat di Jawa Tengah             Borobudur adalah nama sebuah candi Buddha yang terletak 15 km dari Kota Magelang, Jawa Tengah. Borobudur di kelilingi oleh Gunung Merbabu di sebelah timur, Gunung Merapi di sebelah barat, Laut Gunung Sumbing dan Gunung Sindoro. Tarikh sebenar Borobudur dibina tidak dapat dipastikan dengan tepat. Namun berdasarkan penemuan tulisan yang dipahatkan di candi ini serupa dengan huruf yang ada pada prasati  akhir abad ke  8M dan awal abad ke 9M Zaman ini adalah zaman keemasan Kerajaan Syailendra yang di tandai dengan candi Hindu  yang di bina di lereng–lereng gunung sementara di tanah dataran didirikan candi Buddha. Candi Borobudur di bina oleh Kerajaan Syailendra yang terkenal dalam sejarah kerana usaha mereka untuk meyebarkan Buddha Mahayana.   Perkataan Borobudur ini mungkin berasal dari kata Sambharabhudhara, yang bererti "gunung" (bhudara...

Petra: Kutemui kota batu di celah gunung.

Ku Temui si Petra “Kota di Dinding Batu” Jalan masuk ke Kota Petra Kota Dinding Batu yang dikenali dengan nama Petra  ini adalah salah satu tapak sejarah Jordan yang penting dan menarik untuk dikaji. Petra terletak di dataran rendah di antara gunung-gunung yang membentuk sayap timur Wadi Araba, lembah besar yang berawal dari  Laut Mati  sampai  Teluk Aqaba . Tempat ini juga diterima sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO  pada tahun 1985. Petra juga telah dipilih sebagai salah satu dari 7 keajaiban dunia yang baru, yang diadakan oleh Swiss Foundation, serta diumumkan di Lisbon, Portugal, pada 7 Julai 2007. Untuk sampai ke Petra ini hamba telah menyewa sebuah kereta dengan seorang pemandu bernama Ahmad dan berbangsa Palestin. Perjalanan kami dari Kota Amman mengambail masa 4 jam. Kami bertolak jam 3 pagi ketika penduduk kota masih tidur. Pintu Gerbang Perbendaharaan Kerajaan Nabatean di Petra Petra adalah kota yang didirikan dengan ...

Tianjin: Merayap di negara teramai penduduknya

Kalau kita ke Tianjin, tempat yang wajib dilawati ialah Cultural street. Kalau kat Melaka macam Jonker Street. Ramai tourist kat sini.  Warna utama ialah merah.  Sana sini merah. Terkenang sejarah Cina, kuasa besar dunia sejak dulu yang tidak pernah menjajah kerana sibuk urus rakyatnya yang ramai. l

Sikandar - Kutemui makam Akbar Agung yang di pinggirkan

            Perancangan untuk berjalan di New Delhi tidak hamba atur dengan baik.  Tidak ada contact person yang dapat membantu.  Cuma sebelum pergi seorang rakan beritahu, pergi kat Markaz Nizamuddin, nanti akan jumpa orang Melayu. Kat airport, hamba terus cari teksi dan secara tegas meminta hantar ke Markaz Nizamuddin. Pengalaman hamba banyak kali diperkena “tambang teksi” mengingatkan hamba supaya kurang bercakap dan berbual. Ini untuk mengelakkan si pemandu dari mengetahui bahawa kita pelancung.             Markaz Nizamuddin adalah pusat gerakan Tabligh sedunia.  Sudah tentu sesampai di sana, hamba terjumpa sekumpulan jemaah dari Malaysia yang keluar 40 hari. Mereka membantu mencari kereta sewa. Hamba sampai di Sikandar setelah 4 jam perjalanan, suasana agak sepi walaupun bangunan berwarna kemerahan itu terdapat kubur manusia yang bernama Akbar Khan.   Cantik tapi sura...