Skip to main content

Borobudur: Ku temui tamadun sesat yang tersesat.

Tamadun Sesat yang Tersesat di Jawa Tengah



            Borobudur adalah nama sebuah candi Buddha yang terletak 15 km dari Kota Magelang, Jawa Tengah. Borobudur di kelilingi oleh Gunung Merbabu di sebelah timur, Gunung Merapi di sebelah barat, Laut Gunung Sumbing dan Gunung Sindoro. Tarikh sebenar Borobudur dibina tidak dapat dipastikan dengan tepat. Namun berdasarkan penemuan tulisan yang dipahatkan di candi ini serupa dengan huruf yang ada pada prasati  akhir abad ke  8M dan awal abad ke 9M Zaman ini adalah zaman keemasan Kerajaan Syailendra yang di tandai dengan candi Hindu  yang di bina di lereng–lereng gunung sementara di tanah dataran didirikan candi Buddha. Candi Borobudur di bina oleh Kerajaan Syailendra yang terkenal dalam sejarah kerana usaha mereka untuk meyebarkan Buddha Mahayana. 





Perkataan Borobudur ini mungkin berasal dari kata Sambharabhudhara, yang bererti "gunung" (bhudara). Ada pendapat lain mengatakan kata borobudur berasal dari ucapan "para Buddha" yang karena pergeseran bunyi menjadi borobudur. Penjelasan lain ialah bahwa nama ini berasal dari dua kata "bara" dan "beduhur". Kata bara berasal dari kata “vihara”, sementara ada pula penjelasan lain di mana bara berasal dari bahasa Sanskrit yang ertinya kompleks candi atau biara dan beduhur artinya ialah "tinggi", atau mengingatkan dalam bahasa Bali yang bererti "di atas". Jadi Borobudur membawa maksud sebuah biara atau asrama yang berada di tanah tinggi.

 

Sejarawan J.G. de Casparis berpendapat bahawa Borobudur adalah tempat pemujaan.
Berdasarkan prasasti Karangtengah dan Kahulunan, Casparis menegaskan, Borobudur telah dibina oleh raja Mataram dari wangsa Syailendra bernama Samaratungga, sekitar pada tahun  824 M. Bangunan mega itu  dapat diselesaikan pada masa pemerintahan putrinya, Ratu Pramudawardhani. Pembangunan Borobudur telah memakan masa selama 50 tahun.

 

Borobudur yang menjadi keajaiban dunia ini akhirnya hilang ditelan zaman terutama setelah berakhirnya kerajaan Mataram pada tahun 930 M.   Borobudur telah terbengkalai dan tidak diurus dan terurus. Lama  kelamaan tumbuh pelbagai tumbuhan liar yang lama kelamaan menjadi rimbun dan menutupi bangunannya. Dikatakan pada  abad ke 10, Candi Borobudur telah dilupakan dan hilang menjadi hutan belentara. Pada tahun 1814 M,  Stamford Raffles telah membuat ekspidisi dan menemukan kembali Candi Borobudur. Raffles adalah Leftenan Jenderal Gabenor  Inggeris, ketika Indonesia di jajah Inggeris pada tahun 1811 M –1816 M.
Pada tahun 1835 M seluruh candi telah dibaikpulih dan dibuat pembersihan dan mula dikunjungi oleh orang ramai sebagai bangunan warisan sejarah silam

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...

Kampungku: "Sejarah Melayu Jambi di Kampung Tanjung Semberong Batu Pahat"

Ikon Kampung Tanjung Semberung ialah masjid tuanya yang cantik dan unik binaannya berbanding dengan masjid lain di Johor. Bayangkan masjid kampung yang agak kukuh dan indah ini boleh dibina kira-kira hampir 90 tahun yang lalu.  Tentu sahaja kampung ini juga mempunyai sejarah yang juga tak kurang hebat untuk dikaji.  Hamba dilahirkan di kampung ini, Kampung Tanjung Semberong, Mukim 7, Batu Pahat Johor.  Hamba membesar di sini sebelum berhijrah ke beberapa tempat lain. Kenapa batu jalan di kampung hamba ini bermula dengan 0. Sungai adalah penanda sempadan kampung ini. Kampung ini terletak di persimpangan Sungai Batu Pahat iaitu Sungai Simpang Kanan yang menuju ke Yong Peng dan Sungai Simpang Kiri yang menuju ke Parit Yaani.  Pecahan dua sungai ini membentuk satu tanjung.  Lalu dinamakan orang Kampung Tanjung Semberong.  Sampai sekarang kampung ini masih mengalami air sungai yang pasang surut. Dulu ketika sungai menjadi laluan utama ke Bandar Batu Pahat, Kg. T...