Skip to main content

Jerash: Yang kutemui di awal pagi

Kutemui Jerash Ketika Mentari Baru Muncul
   
Coliseum tempat pertandingan manusia melawan haiwan buas



Hamba sampai Jerash jam 7.30 pagi.  Masih kosong, tiada pekerja kaunter tiket, tiada penjaga pintu masuk. Malah kedai menjual cenderamata masih belum beroperasi lagi. Hamba berjalan berkeliling menghayati Jerash, kota tinggalan penjajah Rom Timur. Lama hamba menghabiskan masa duduk di stadium lama di sini sambil membayangkan perlumbaan kuda atau pertarungan manusia dan haiwan buas.


Trek lumba kuda kuno
Sejarah panjang Jerash bermula pada tahun 63 Sebelum Masihi, bila Jerash telah dijajah oleh Pompei dari Rom yang telah menukar nama Jerash kepada Gerasa. Jerash juga menjalin hubungan dagang dengan kerajaan Arab Nabatean yang berpusat di Petra. Pada tahun 106 masihi Maharaja Trajan memutuskan hubungan baik dengan kerajaan Arab Nabatean, lalu mereka melancarkan serangan di Petra. Maharaja Trajan meraikan kemenangan ini dengan membina gerbang utara di hujung Cardo. Tugu Hadrian atau tugu kejayaan pula dibina pada tahun 130 masehi bagi meraikan kedatangan Mahajara Hadrian dari Kota  Rom. Pada tahun 395 masihi agama kristian telah menjadi agama dominan di Jerash sehingga di era Maharaja Justinian (527-565 Masihi) di mana bilangan gereja meningkat kepada 12 buah.
Gerbang utama kota Jerash
  Pada 614 masihi, Jerash telah jatuh dan dijajah oleh kerajaan Parsi yang membinasakan hampir semua monumen penting di Jerash. Kerajaan Rom tidak berpuashati lalu Maharaja Hercules datang menyerang pada tahun 627 masihi dan telah menawan semula Jerash. Kerajaan Arab Ghassan juga terpaksa tunduk kepada pemerintahan Rom.


Penjajahan Rom ini tidak lama di mana pada tahun 636 masihi, tentera Islam telah menawan dan menguasai dan kegemilanganya ternyata pada zaman Umawiah. Jerash ketika ini terkenal sebagai tempat melombong perak dan gangsa disamping kawasan industri tembikar. Antara binaan yang kekal di sini ialah masjid Umawiah Jerash dan menjadi antara masjid tertua di Jordan.


Tahun 749 masihi Jerash dilanda gempa bumi yang menyebabkan populasi penduduknya merudum kepada 4000 sahaja. Jerash tidak terkecuali daripada bahang Perang Salib apabila Raja Baldwin I (1058M-1118 masihi) cuba menguasainya namun gagal dan pada percubaan menguasai Syria, tentera salib telah memusnahkan sebahagian kawasan Jerash dan membakarnya.

Pada zaman Turki Uthmaniah bandar ini dipelihara dan masjid telah didirikan. Jerash telah menjadi daerah di bawah kerajaan Jordan dengan mandat British (Trans-Jordan) sehinggalah Jordan mencapai kemerdekaan pada tahun 1946. Jerash menjadi sebuah tapak arkeologi utama di Jordan.

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...

Kampungku: "Sejarah Melayu Jambi di Kampung Tanjung Semberong Batu Pahat"

Ikon Kampung Tanjung Semberung ialah masjid tuanya yang cantik dan unik binaannya berbanding dengan masjid lain di Johor. Bayangkan masjid kampung yang agak kukuh dan indah ini boleh dibina kira-kira hampir 90 tahun yang lalu.  Tentu sahaja kampung ini juga mempunyai sejarah yang juga tak kurang hebat untuk dikaji.  Hamba dilahirkan di kampung ini, Kampung Tanjung Semberong, Mukim 7, Batu Pahat Johor.  Hamba membesar di sini sebelum berhijrah ke beberapa tempat lain. Kenapa batu jalan di kampung hamba ini bermula dengan 0. Sungai adalah penanda sempadan kampung ini. Kampung ini terletak di persimpangan Sungai Batu Pahat iaitu Sungai Simpang Kanan yang menuju ke Yong Peng dan Sungai Simpang Kiri yang menuju ke Parit Yaani.  Pecahan dua sungai ini membentuk satu tanjung.  Lalu dinamakan orang Kampung Tanjung Semberong.  Sampai sekarang kampung ini masih mengalami air sungai yang pasang surut. Dulu ketika sungai menjadi laluan utama ke Bandar Batu Pahat, Kg. T...