Skip to main content

Petra: Kutemui kota batu di celah gunung.

Ku Temui si Petra “Kota di Dinding Batu”
Jalan masuk ke Kota Petra
Kota Dinding Batu yang dikenali dengan nama Petra ini adalah salah satu tapak sejarah Jordan yang penting dan menarik untuk dikaji. Petra terletak di dataran rendah di antara gunung-gunung yang membentuk sayap timur Wadi Araba, lembah besar yang berawal dari Laut Mati sampai Teluk Aqaba. Tempat ini juga diterima sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1985. Petra juga telah dipilih sebagai salah satu dari 7 keajaiban dunia yang baru, yang diadakan oleh Swiss Foundation, serta diumumkan di Lisbon, Portugal, pada 7 Julai 2007. Untuk sampai ke Petra ini hamba telah menyewa sebuah kereta dengan seorang pemandu bernama Ahmad dan berbangsa Palestin. Perjalanan kami dari Kota Amman mengambail masa 4 jam. Kami bertolak jam 3 pagi ketika penduduk kota masih tidur.
Pintu Gerbang Perbendaharaan Kerajaan Nabatean di Petra
Petra adalah kota yang didirikan dengan memahat dinding-dinding batu. Perkataan  Petra berasal dari bahasa Yunani yang bererti 'batu'. Petra merupakan pembinaan kota yang berasaskan perlindungan dan pertahanan. Kata ini merujuk pada bangunan kotanya yang dibuat dari batu-batu di Wadi Araba. Kota ini didirikan dengan menggali dan mengukir dinding batu setinggi 40 meter. 

Petra merupakan ibukota kerajaan Nabatean. Didirikan pada tahun 9 SM dan siap sepenuhnya pada tahun 40 M oleh Raja Aretas IV sebagai kota yang sukar untuk ditawan musuh dan bebas dari bencana alam seperti ribut pasir. Suku Nabatean membangunkan Petra dengan sistem pengairan yang canggih. Terdapat terowong air dan bilik air yang menyalurkan air bersih ke kota, sehingga mencegah banjir kilat berlaku. Mereka juga memiliki teknologi hidraulik untuk mengangkat air. Terdapat juga sebuah teater yang mampu menampung 4000 orang. Kini, Istana Makam Hellenistis yang memiliki tinggi 42 meter masih berdiri teguh di sini.

Suku kaum Badwi yang berkeliaran di Petra
Sebenarnya, asal usul suku Nabatean tak dapat dipastikan dengan tepat. Mereka dikenal sebagai suku pengembara yang hidup nomad dan menggembala bebiri dan unta. Warga Petra awal ini adalah penyembah berhala. Dewa utama mereka adalah Dushara yang disembah dalam bentuk batu berwarna hitam. Dushara disembah berdampingan dengan Allat,dewi Bangsa Arab kuno. Mereka sangat mahir dalam membuat tangki air bawah tanah untuk mengumpulkan air bersih yang dapat digunakan semasa pengembaraan mereka. Sehingga, di mana pun mereka berada, mereka berupaya membuat saluran air untuk mendapatkan air bersih. 

Di akhir abad ke-4 Sebelum Masehi, berkembangnya dunia perdagangan membuat suku Nabatean memberanikan diri untuk memasukki dunia perdaganan dunia. Pusat perdagangan dunia mulai tumbuh subur di bahagian selatan Jordan dan selatan Laut Mati. Mereka lalu memanfaatkan posisi tempat tinggal mereka yang strategis itu sebagai salah satu jalan perdagangan dunia.


Suku Nabatean akhirnya berjaya menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Mereka  berdagang kemenyan, rempah-rempah, dan gading yang antara lain berasal dari Yemen dan India timur. Kedudukan Petra yang strategik, serta aman itu membuatkan kota ini semakin berkembang dan bersifat antarabangsa. 

Akhirnya pada pada tahun 106 Masehi, Kerajaan Rom telah menyerang dan menjajah Petra. Petra menjadi lemah dan pada tahun 700 M, sistem hidraulik dan beberapa bangunan utamanya telah hancur dan musnah menjadi puing. Petra pun akhirnya hilang dari peta dunia dan tinggal menjadi legenda.

Pada tahun 1812, Johann Burckhardt pengembara berbangsa Swiss telah memasuki kota itu dengan menyamar sebagai seorang Islam. Petra pun kembali dikenali semula walaupun hanya sebagai kota tanpa penghuni tetapi dikenang sebagai simbol kehebatan teknik pembinaan dan pertahanan kota.

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...