Skip to main content

Posts

Palembang - Kudakapi Jambatan Ampera ketika mentari semakin hilang

Jambatan Ampera: Kudakapi kau ketika mentari semakin terbenam  Setelah penat melihat-lihat di muzium dan tempat bersejarah di kota Palembang, aku menghirup udara segar Sungai Musi sambil melihat kecantikan Jambatan Ampera di waktu senja.  Orang semakin ramai dengan membawa seribu satu macam ragam. Diberitakan Jambatan Ampera adalah mercu tanda kebanggaan rakyat Palembang.  Jambatan yang dibina merentasi Sungai Musi ini menghubungkan daerah hulu dan hilir Palembang.  Mengikut sejarahnya jambatan ini merupakan hadiah Sukarno pada rakyat Palembang. yang dananya diambil dari dana rampasan perang Jepun.  Jambatan ini pernah dikenali sebagai Jambatan Bung Karno, tetapi beliau tidak setuju lalu ditukar nama Ampera singkatan kepada “ Amanat Penderitaan Rakyat,” yang pernah menjadi slogan bangsa Indonesia pada tahun 1960-an. Jambatan ini mula dibina pada bulan April 1962, dan siap pada tahun 1965. Perasmian jambata...

Kampung Sembawang: Melayu Singapura yang kukenali

Hari itu hamba jadi wakil keluarga anak saudara hamba, dalam upacara menghantar "belanja" dan nikah dengan pasangannya di Masjid Kg. Sembawang Singapura.  Hantarannya SD 10,000.  Selepas sesi ucapan dan berbalas-balas hantaran, terus dinikahkan.  Esoknya baru majlis walimatul urus di kawasan "apartment" di Yishun. Jarak Yishun dan Kg. Sembawang jauh jugaklah.  Naik kereta ada setengah jam. Hamba tanya kenapa nikah di masjid ini.  Kata mereka di kampung itulah dulu mereka dilahirkan. Walaupun kampung itu tidak ada penghuni lagi, mereka secara istiqamah masih memakmurkan masjid tersebut.  Asal-usul Kampung Sembawang • Nama Sembawang dipercayai berasal daripada pokok Sembawang (Mesua ferruginea) yang tumbuh banyak di kawasan ini dahulu. • Dahulu, kawasan ini adalah hutan paya dan kampung nelayan Melayu kecil. • Aktiviti utama penduduk awal: menangkap ikan, pertanian kecil, dan hasil hutan. Peranan Semasa Penjajahan British • Pada aw...

Motive for Action 01

Hinakah mereka kerana keberanian mereka meminta-minta?

Dilema Si Peminta           Semasa hamba merayau-rayau di muka bumi yang indah ini, satu subjek yang selalu hamba cari ialah insan berpakaian lusuh yang meminta-minta. Hamba mahu satu proof bahawa kemiskinan ini ada di mana-mana di muka dunia ini. Ia bersifat universal. Kadang-kadang rasa bersalah juga kerana mengambil gambar mereka.  Satu perbuatan yang tidak beretika.  Namun ia bukan bertujuan untuk menghina mereka, hanya sebagai proof bagi observation yang saya buat. Itu sahaja.  Si Peminta di kota Frankfurt         Perbuatan mengemis bagi sebagian orang lebih diminati daripada kerja-kerja lainnya, kerana cukup hanya dengan menghulurkan tangan, dia boleh mendapatkan sejumlah wang yang cukup banyak tanpa harus bersusah payah. Masyarakat pada umumnya memandang bahawa pengemis itu berkeadaan tidak terurus, pakaiannya lusuh dan rambut kusut masai dengan tujuan untuk menarik simpati orang ramai. Mengem...

Venice - Ku rasakan kepalsuan romantika Gondola

Sesuatu yang selalu aku bayangkan bertapa romantiknya jika dapat menaikki gondola terutama bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Menyusuri setiap keluk dan terusan di bandar tua Venice. Namun apa yang kulihat, yang menaikki gondola ini bukan pasangan muda tetapi pasangan tua yang banyak duitnya.  Bayangkan untuk kayuhan yang tak sampai 30 minit kena bayar Euro60.  Aaaah....! lupakan saja baik kayuh sampan di Tasik Putrajaya. Gondola bukan lambang ketulusan cinta murni lagi tetapi menjadi lambang kekayaan dan ketinggian ego manusia. Aku muhasabah diri mengenang motivasi Portugis menjajah Melaka dulu yang mengatakan pelabuhan Melakan adalah Venice Timur.  Tapi Melaka hilang sisa nostalgianya sedangkan Venice terus menggamit pelancung untuk datang dan terus datang. Aku tak sudi menaikki mu gondola. Kau adalah lambang kepalsuan romantika yang mencekik darah. Venice, ku datang sekali dan aku tak ingin datang mendakapmu lagi.  Adios! ...

Puisi Kembara - KOLEK BERALUN PATAH PENDAYUNG

Kolek jalur beralun ikut gelora lautan Pendayung patah kepenatan Gelisah, risau, juragan tua tahankan Terbayang anak menangis kelaparan. Hidup mesti berdugaan Menguji erti keimanan kehidupan Rancang, usaha, takdir penentuan. Kolek terdampar tanpa juragan di daratan Anak termenung kebingungan Tenggiri busuk di buritan. Emak dan adik dalam penantian Sesuap nasi untuk dimakan Terbayang malam kelam nan memanjang Ah Long terusan mendesak menagih hutang Beras di kampit kekontangan Hujan merintih menambah kesempitan Esok si anak yatim meredah lautan Kolek jalur berteman pukat Juragan igusan bakal sesat Antara membawa ikan atau dimakan ikan Siapakah harus disalahkan Manusia atau alam Atau kerana laungan mereka tak kuat Atau wakil rakyat sudah pekak. Ajiemin Tebo 2015

Puisi Kembara - Suatu masa dulu

Nun di lereng bukit lari berlarian Terkejar, mengejar dan dikejar Tersandung buku mencium tanah Tersedu melihat kudis berdarah lagi Terkedu takut di leter guru Tersedu malu diolokki teman Terkedu tanda alah permainan Ia seperti bayi merah lagi Mengenggam tangannya Kanan mesti berisi ilmu Kiri mesti berisi rezeki Tangan mereka masih belum bernanah Tangan mereka masih belum berdarah Tangan mereka masih belum berlumpur Dosa dan noda bukan milik mereka. Ajiemin Tebo 2015