Baitul Ma qdis merupakan kota terbesar di Palestin. Ia adalah kota tertua di dunia, dibina sekitar 6,000 tahun yang lalu. Kota ini pertamanya dibangunkan berdekatan dengan satu-satunya sumber air di kawasan ini oleh orang Yebus yang berasal dari suku Kanaan yang berbangsa Arab. Kemudiannya kota ini dibangunkan pula oleh Raja Salim lalu dinamakan kota ini Kota Salem (kota damai). Dalam bahasa Arab pula, kota ini dikenal sebagai Al Quds atau Baitul Maqdis. Kota tua ini penuh dengan sejarah kontroversi dari sejak zaman purba hingga kini yang melibatkan tiga agama samawi besar di dunia iaitu Islam, Yahudi dan Nasrani. P ada tahun 1049 SM, kota ini menjadi kota Nabi Daud. Pada tahun 586 SM kota ini dijajah oleh Babylon dan orang Yahudi diusir keluar. Kerajaan Babylon telah memindahkan pusat kota ke kawasan dataran tinggi yang kini dikenali sebagai Jurusalem Tua. Jurusalem Tua ini terletaknya Gunung Moriah yang merupakan kompleks Masjid Al Aqsa kini, Gunung Accra di mana terletaknya Gereja M...
MOHD AMIN AHMAD ajiemintebo@blogspot.com