Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

Masjid Didsbury Manchester - Kutemui kau ketika namamu masih belum tercalar.

 Manchester memang bandar yang aku rancang untuk bermalam di situ.  Memang aku dah booking tiket untuk tengok bola di Stadium Old Trafford jam 8pm.  Manchester ini memang happening untuk orang Melayu berkunjung.  Memang macam lagu dengan irama, terutama dari segi makanan dan masyarakatnya yang majmuk.  Selepas meronda-ronda di Stadium Manchester City dan makan-makan nasi Arab di Curry Road, aku pun mencari masjid untuk solat jamak zohor asar.  Akhirnya aku sampai ke Masjid Didsbury ini.   Masjid Didsbury atau dikenali sebagai Manchester Islamic Centre terletak di Burton Road, West Didsbury, Manchester.  Cantik masjid ini.  Makmur.  Ramai orang datang solat di sini.  Pelbagai bangsa dan warna kulit.  Masjid ini asalnya sebuah gereja iaitu Albert Park Methodist Chapel.    Kapasiti masjidnya lebih kurang seribu orang jemaah.      Bangunan Chapel ini telah dibina pada tahun 1883.  ...

Masjid Liverpool - Kau tersorok dibayangi oleh stadium yang lebih dikagumi

  Memang tak sah kalau sampai ke Liverpool, kalau tak menjenguk Stadium Anfield.  Stadium bagi peminat fanatik Liverpool.  Stadium ni memang happening.  Ramai pelancong yang nampak excited di sini.  Aku beli mafla aja, 10 pound.  lagipun aku bukan peminat Liverpool.  Zaman remaja dulu, zaman Kevin Keegan memang lah fan fanatik.  Itu tahun 1970-an. Umur belasan tahun lagi.   Sempat juga pergi Stadium untuk kelab Everton di Goodison Park. Kelab serba biru ini agak lengang dengan pelancong. Mungkin kelab yang agak kecik dan tidak mempunyai sejarah yang hebat.   Lepas urusan dunia tu, urusan lebih penting perlu ditunaikan. Terus waze dan cari Masjid Liverpol.  Alhamdulillah jumpa juga akhirnya.   Masjid ini terletak di Crammond Avenue.  Berdekatan dengan kawasan perumahan.  masjid ini juga macam rumah yang diubahsuai. Hanya papantanda kuning ini yang menandakan ianya sebuah masjid.   Yang bestnya d...

Masjid Oxford - Ku sampai lewat untuk solat Jumaat di situ.

Masjid Tiban: kutemui keunikan tersendiri di sini.

Memang dalam perancangan untuk mengunjungi masjid Tiban ini.  Banyak rakan beritahu kalau berjalan ke Jawa Timur jangan lepaskan peluang untuk menziarahi masjid yang cantik, unik dan misteri ini. Agak payah juga mencari lokasi masjid ini, kerana ianya terletak di kawasan perumahan.  Terpaksalah bertanya sana bertanya sini.   Waktu tu dah hampir zohor, aku ambil kesempatan cari bilik air dan mandi dahulu.  Lepas tu solat dan baru melawat kawasan sekitar masjid ini. Aku solat zohor berjamaah di masjid yang sederhana besarnya.  Masjid ini tak berapa jauh dari kantin makan.  Masjid ini agak jauh dari komplek utama yang terdapat bangunan 10 tingkat itu. Masjid Tiban ini dikatakan masjid yang misteri dan dibina oleh  Kiai Ahmad pada tahun 1976. Masjid ini terletak di Jalan KH Wahid Hasyim, Gang Anyar RT 27 RW 06 Desa Sanarejo, Kecamatan Turen, Kabupaten Malang, Jawa Timur.   Yang misterinya masyarakat tempatan menamakan masjid ini Mas...

Masjid Holloway - Ku tunaikan solat Jumaat di London.

 Sebagai peminat Arsenal United, aku tak lepaskan peluang mengunjungi stadium Emirates. Aku sampai masih pagi dan keadaan jalan agak lengang. Aku sewa kereta Citroen Picaso.  Memang syok memandu mpv ini. Aku redah dari Heathrow ke Bath, Oxford, Birmingham, Leed, Manchester, Blackfool, Fleetwood, Liverpool dan London selama 10 hari,  Masa nak gi Stadium Emirates tu, aku parking kereta kat Queensland Road bersebelahan stadium.  Aku tengok kosong aja. Aku kata dalam hati, kejab aja ni, lagipun awal pagi lagi.  So parking tanpa bayar. Tapi nasib memang malang, balik-balik tengok kat cermin depan kereta ada surat saman. Kena saman 130 pound.  masak dibuatnya ...... kalau convert RM. Apa lagi bayar ajalah, online.  senang aja.   Lepas insiden tu, mula rasa cuak nak sebarang parking. Masa nak solat Jumaat di masjid Holloway, kes sama berlaku nak cari tempat parking.  Punya susah.  Sebab tu ramai kawan suruh guna public trans...

Masjid Omar Ibn Al-Khattab - Kutemui kau di Preston Melbourne

Masjid ini mesti dikunjungi jika kita sampai di Melbourne.   Cantik, bersih, sistematik dan masjid yang hidup... Aku sampai kat masjid ini hampir jam 12 tengah hari. Terletak di atas bukit di kawasan Preston. Terus ambil wuduk, solat tahiyatul masjid dan iktikaf di masjid.  Bersih dan terurus dengan baik masjid ini. Orang ramai tetapi mereka duduk di kawasan belakang masjid.   Rupa-rupanya ada kematian.  Seorang nenek berbangsa turki meninggal dunia dan semua urusan dikendalikan masjid ini. Sebab itu solat zohor agak lambat sedikit. Kat masjid ini juga aku jumpa satu budak melayu bernama Sharul. dia baru datang dengan adiknya kerana urusan pengkebumian emaknya.  Emaknya meninggal dunia 2 hari yang lepas.  Kos untuk pengkebumian di sini lebih kurang AUD7 ribu.  kalau nak bawa mayat balik kosnya lagi besar.  Oleh itu mereka dua beradik ambil keputusan untuk kebumikan emaknya di bumi Melbourne sahaja.  Cerita Sharu...

Masjid Fawkner - Kutemui kau di Kompleks Darul Ulum @ Markaz Melbourne

Akhirnya sampai juga ke markaz Jemaah Tabligh di Melbourne.  Kat pagar luar ditulis Darul Ulum College of Victoria. Tak nampak masjid pun. Kena pusing kat belakang kolej ini baru nampak bangunan masjid.  Tapi tak ada apa-apa papan tanda masjid.   Rupa-rupanya masjid ini adalah untuk kolej ini dan juga kemudahan untuk masyarakat islam setempat menunaikan solat fardu 5 waktu dan solat Jumaat.  Memang happening masjid ini, jemaahnya memang ramai.  Solat subuh aja nak separuh masjid. Aktiviti ilmu berjalan dengan rancak.  Bacaan hadis dan Taalim macam rutin wajib lepas solat maghrib hingga isyak. Aku rasa seronok dan mencari jalan untuk bermalam di masjid ini.   Kebetulan masjid ini juga adalah markaz jemaah Tabligh di Melbourne.  Aku jumpa dua jemaah sedang keluar 10 hari.  Seorang budak Melayu, dan seorang lagi rakyat Australia asal Eritrea.  Yang ini mamat Melayu, lulusan ijazah IPTA di Malaysia.  Bel...