Masjid ini mesti dikunjungi jika kita sampai di Melbourne.
Cantik, bersih, sistematik dan masjid yang hidup...
Aku sampai kat masjid ini hampir jam 12 tengah hari.
Terletak di atas bukit di kawasan Preston.
Terus ambil wuduk, solat tahiyatul masjid dan iktikaf di masjid. Bersih dan terurus dengan baik masjid ini. Orang ramai tetapi mereka duduk di kawasan belakang masjid.
Rupa-rupanya ada kematian. Seorang nenek berbangsa turki meninggal dunia dan semua urusan dikendalikan masjid ini. Sebab itu solat zohor agak lambat sedikit.
Kat masjid ini juga aku jumpa satu budak melayu bernama Sharul. dia baru datang dengan adiknya kerana urusan pengkebumian emaknya. Emaknya meninggal dunia 2 hari yang lepas. Kos untuk pengkebumian di sini lebih kurang AUD7 ribu. kalau nak bawa mayat balik kosnya lagi besar. Oleh itu mereka dua beradik ambil keputusan untuk kebumikan emaknya di bumi Melbourne sahaja. Cerita Sharul emaknya baru pencen 2 bulan dan telah melancong ke Melbourne tapi apakan daya takdir menentukan segalanya.,
Comments