Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

Istanbul - Kuhayati sejarah Amirul Mukminin terakhir di batu nisannya.

Kompleks bangunan  kuburan diraja             Selepas solat jamak qasar Zohor Asar di Masjid Agea Sophia, hamba menyusuri kota Istanbul mengikut gerak hati sambil menikmati pemandangan petang yang bersimpang siur dengan pelancung yang pelbagai.  Secara tidak sengaja hamba telah menemui sebuah bangunan bersejarah, iaitu kuburan Diraja Turki.  Di situlah aku baca kisah ringkas Sultan Abdul Hamid Kedua, khalifah kerajaan Uthmaniah yang terakhir.  Namun tulisan itu tidak cukup untuk memahamkan aku tentang sebab-sebab kerajaan Islam itu  boleh berkubur. Kerajaan Uthmaniah merupakan sebuah Empayar Islam yang kuat selepas jatuhnya kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiah. Kemuncak kejayaan kerajaan ini ialah penaklukan kota Konstantinapol oleh sultan Muhammad al-Fatih pada tahun 1454M, kota tersebut kemudiannya dijadikan ibu kota kerajaan Uthmaniah dengan nama barunya Islambul. Kerajaan Uthmaniah ber...

Puisi Kembara - Kelam di Sungai Rhine yang mengalir lesu

COLONGE Lewat petang itu ku susuri Sungai Rhine bebayang jembatannya semakin  kabur di silau mentari yang lesu mahu terbenam Sungai Rhine di kelam petang Ku temui seorang separuh baya  merenung kosong mereka yang melalui di depannya sambil meneguk bir semahunya. Kekadang dia menjerit penuh semangat bersama anarkis Turkia yang terbuang "Hidup sekular..Hidup Atarturk... Mati Erdogan" Kesian terbuang di negara orang Protes pelarian Turki sekular  Sepetang di Colongne   membangkit kenangan silam bila tersua tugu Fuhrer tersergam lambang pernah ada suasana kelam dan kejam Tugu Fuhrer di dataran Colonge Ku toleh kembali sungai Rhine tiba-tiba tersirna rasa rindu yang mendalam kepada keamanan dan kebebasan yang kukecapi di bumi Malaysia termenung melepas lelah sebelum meneruskan perjalanan ke Brussels

Bermalam di rumah "Gamal Nasir" yang kutemui di Beni Suef

Posing di jejantas ke stesen keretapi Beni Suef bersama Muhammad Hamba mengenali si Muhammad Gamal Nasir ini semasa membentang kertas kerja di Universiti Minya Mesir. Minya adalah kawasan selatan Mesir, perjalanan menggunakan kereta mengambil masa hampir 8 jam dari Kaherah.  Ke mana hamba pergi dia mesti terpacul di situ.  Umurnya baru 22 tahun, masih ada 1 tahun lagi untuk menamatkan ijazah bidang perniagaan taninya.  Namun apa yang menarik, ketrampilan, konfiden, komunikasi dan kepimpinannya cukup menyerlah. Di umur yang muda itu dia boleh berkomunikasi dengan profesor dan pembentang kertas kerja dari pelbagai negara secara selamba.  Katanya dia nak meningkatkan kebolehan komunikasinya dalam bahasa Inggeris.   Secara bersungguh-sungguh, Muhammad menjemput hamba menziarahi keluarganya di Beni Suef.   Tidak mahu menghampakan jemputan tersebut dan teruja untuk mendapatkan pengalaman tinggal dengan orang Arab Mesir, saya bersetuju untuk ke Beni Suef ...

Ataturk: Kutemui Ataturk keparat di Taman Istana Tokapi

Awal Jun sesuai untuk menikmati keindahan Istanbul Ketika merayau-rayau menikmati keindahan kawasan taman Istana Tokapi yang luas ini, kedengaran laungan azan dari masjid berdekatan, hamba pun berjalanlah untuk mencari masjid tersebut. tanya sana tanya situ, akhirnya sampai penghujung taman dan mengadap selat Bosforus.  Tengok masjid jauh di luar sana.  Ertinya dalam taman ini tidak disediakan kemudahan masjid atau surau.  Oleh kerana hajat hati nak masuk ke Istani Tokapi @ muzium, aku pun cari tempat sesuai di bawah pokok, dan dirikan solat jamak & qasar, zohor asar. Malas nak tangguh-tangguh.  Lega dah selesaikan tugas. Hari mulai petang, banyak masa terbuang di taman ini, kalau masuk istana Tokapi elok pagi-pagi, lebih tenang, tidak terburu-buru kerana banyak masa.  Baru boleh menikmati dan menghayati sejarah zaman keagungan kerajaan Ottoman. Tiba-tiba terjumpa tugu Ataturk, si pemusnah kerajaan Islam Ottoman.  Ceh ... keparat puny...