Skip to main content

Posts

Kutemui makam Marhum Mangkat di Dungun @ Sultan Yahya Siak.

Dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu ke Johor, hamba singgah solat di Dungun.  Entah macam mana ternampak papan tanda Sultan Yahya Siak. Lalu hamba singgah kejap ke makam tersebut, ambil gambar dan balik rumah baru buat kajian sikit tentang makam tersebut. Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Syah (Sultan Siak ke-7), satu-satunya sultan yang dimakamkan di luar jajahan negerinya iaitu di Kampung Che Lijah, Du­ngun, Terengganu kerana berlaku perebutan kuasa di antara Sultan Yahya dengan saudara dua pupunya, Tengku Udo Syed Ali Syed Usman Syahabuddin (menaiki takhta kerajaan Siak bergelar Sultan as-Sayyid al-Sharif Ali Abdul Jalil Syaifuddin Shah, Sultan Siak ke-8). Kaitan kesultanan Terengganu dan kesultanan Siak terjalin apabila Sultan Ismail Abdul Jalil Jalaluddin Shah (1760 - 1766), Sultan Siak Ke-3 berkahwin dengan Tengku Tipah, puteri Sultan Mansur I yang memerintah Terengganu dari 1733 - 1794. Hasil perkahwinan baginda Sultan Siak adalah Tengku Yahya dan Te...

Ku jejakkan kaki ku di Masjid Revlik (Félag múslima á Íslandi) di Iceland

Aku selamat sampai di Keflavic Airport Iceland awal pagi.  Lepas tu terus pergi Budget car rental, dapatlah kereta Hyundai 110.  Angin punyalah kuat dan sejuk pula, ditambah cuaca gelap walaupun baru pukul 8 pagi. Drive slow-slow dan akhirnya sampai ke Revlik, ibu kota Iceland.  Kecik dan simple aje bandar ini.  So pusing-pusing dan selfie di tepi laut, tempat pelancong perpusu-pusu untuk ambil gambar dekat replica perahu Viking. Dah tengahari, aku pergi cari masjid dulu sebab check in hostel jam 3 petang.  Banyak masa lagi.  Nak cari makanan halal memanglah payah. Beli roti perancis aja, serunding daging, maggi dan kopi Hang Tuah ada bawak dari Malaysia. Akhirnya aku sampai juga kat masjid di bandar ini tapi macam dalam bangunan kedai aje, dan ada tertulis Félag múslima á Íslandi   Felag Muslima a Islandi (Muslim Association of Iceland) Ditubuhkan pada 1997 sebagai organisasi Islam pertama yang berdaftar di Iceland. Memperjuangkan...

Nagoya Mosque - Kutemui kau setelah lengoh sendi kakiku.

Semasa kembara ke Jepun pada tahun 2017, memang pasang niat untuk menziarahi masjid-masjid di Jepun.  Kerana dikatakan orang Jepun praktis banyak amalan Islam walaupun mereka tidak beriman. Perjalanan selama 10 hari dari Tokyo ke Fujiyama dan terus ke Nagoya.  Setelah melawat Muzium Toyota, aku berjalan kaki ikut arahan Google maps untuk ke Nagoya Mosque.    Memang masak aku berjalan kaki.  Namun akhirnya sampai juga ke masjid ini.  masjid ini baru di buka pada tahun 1998.  Masih muda tetapi mempunyai potensi besar dalam melebarkan syiar Islam di negara matahari terbit ini.  Bangunan 4 tingkat ini terselit dicelah-celah bangunan yang tinggi.  Ini no telefon masjid ini.  Imamnya ialah seorang bangsa Arab dari Mesir.  Tidak jauh dari masjid ini ada kedai makan halal yang diusahakan oleh Pak Arab.  Inilah satu-satunya nasi yang aku jamah selama 10 hari aku di Jepun ini. Alhamdulillah... ...

Kutemui puing-puing kemusnahan banjir lumpur di Lapindo

Secara tidak sengaja, ketika terjengah-jengah mencari-cari tempat untuk buang air kecil, ternampak beberapa orang lelaki melambai-lambai suruh parkir di tempatnya. Dan memang ada tandas di situ. Bila turun sahaja, hamba diberitahu tempat tersebut ialah bekas perkampungan yang telah musnah ditenggelami oleh lumpur panas sepuluh tahun yang lalu.  Banjir lumpur panas  Sidoarjo , juga dikenal dengan sebutan  Lumpur Lapindo  ( Lula ) atau  Lumpur Sidoarjo  ( Lusi ), adalah peristiwa menyemburnya lumpur panas di lokasi pengeboran  Lapindo Brantas Inc.  di Dusun Balongnongo Desa  Renokenongo , Kecamatan  Porong ,  Kabupaten Sidoarjo ,  Jawa Timur . Kecamatan ini berbatasan dengan  Kecamatan Gempol  ( Kabupaten Pasuruan ) di sebelah selatan.  Lokasi pusat semburan hanya berjarak 150 meter dari sumur Banjar Panji-1 (BJP-1), yang merupakan sumur eksplorasi gas milik  Lapindo Brantas Inc  sebagai operato...

Kuseberangi kembali Sungai Golok bagi menggamit memori.

 Pada tahun 1979 hingga 1980 aku melanjutkan pelajaran matrikulasi UKM di Sekolah menengah Sains Sultan Mahmud, Gong Badak, Kuala Terengganu.  Kawan baik aku namanya Roslan Othman, best student Kelantan berasal dari Kg Sekolah Pasir Mas. Roslan akhirnya melanjutkan pelajaran di Belgium di bidang perubatan.  Hingga kini aku tak pernah bersua dengan Roslan lagi.  Apa yang menariknya setelah tamat matrik, Roslan ajak aku berjalan ke rumah neneknya di Narathiwat Thailand.  Umur ketika itu baru 20 tahun. Apa yang aku ingat ketika itu aku menyeberangi sungai Golok untuk ke rumah nenek Roslan.  Dalam satu kesempatan aku ke Rantau Panjang dan ingin kembali menyeberangi Sungai Golok.  Seberang sana adalah Pekan Golok.  Tanpa pasport aku ke Siam.  kena bayar rm2 sahaja. Kejab aja 15 minit dah sampai.  Masih seperti dulu, ramai orang menyeberangi sempadan dengan bebas.  Mungkin mereka ini sama seperti saudara mara Roslan yan...

Pariaman - Kufahami peranan Syeikh Burhanuddin Ulakan

Pariaman, sebuah bandar pesisir di Sumatera Barat, Indonesia, mempunyai sejarah yang kaya, terutama berkaitan perdagangan, budaya Minangkabau, dan kolonialisme. Berikut adalah ringkasannya: 1.  Asal Usul Pariaman terletak di pesisir barat Sumatera, strategik untuk perdagangan laut. Dahulu terkenal sebagai pelabuhan penting sebelum kedatangan Belanda. Nama “Pariaman” dipercayai berasal daripada kata Minangkabau atau Melayu, yang berkait dengan tempat berlabuh atau pasar. 2.  Zaman Kerajaan dan Pelabuhan Pada abad ke-16 hingga ke-17, Pariaman merupakan pelabuhan penting bagi Kerajaan Pagaruyung. Dikenali sebagai pusat perdagangan rempah, kopi, dan hasil bumi ke luar negeri, termasuk India, Tiongkok, dan Eropa. 3.  Pengaruh Kolonial Belanda Belanda mula mendirikan kantor perdagangan di Pariaman pada abad ke-17. Kawasan ini menjadi pusat pengumpulan rempah dan hasil pertanian untuk dieksport ke Eropa. Banyak bangunan kolonial Belanda masih ...