Skip to main content

Ku jejakkan kaki ku di Masjid Revlik (Félag múslima á Íslandi) di Iceland

Aku selamat sampai di Keflavic Airport Iceland awal pagi.  Lepas tu terus pergi Budget car rental, dapatlah kereta Hyundai 110.  Angin punyalah kuat dan sejuk pula, ditambah cuaca gelap walaupun baru pukul 8 pagi.

Drive slow-slow dan akhirnya sampai ke Revlik, ibu kota Iceland.  Kecik dan simple aje bandar ini.  So pusing-pusing dan selfie di tepi laut, tempat pelancong perpusu-pusu untuk ambil gambar dekat replica perahu Viking.
Dah tengahari, aku pergi cari masjid dulu sebab check in hostel jam 3 petang.  Banyak masa lagi.  Nak cari makanan halal memanglah payah. Beli roti perancis aja, serunding daging, maggi dan kopi Hang Tuah ada bawak dari Malaysia.
Akhirnya aku sampai juga kat masjid di bandar ini tapi macam dalam bangunan kedai aje, dan ada tertulis Félag múslima á Íslandi
 


Felag Muslima a Islandi (Muslim Association of Iceland)



  • Ditubuhkan pada 1997 sebagai organisasi Islam pertama yang berdaftar di Iceland.
  • Memperjuangkan hak kebebasan beragama dan menjadi tempat berkumpulnya Muslim di Reykjavik. 














Islam adalah agama baru di Iceland, berkembang perlahan sejak akhir abad ke-20 melalui imigran dan beberapa masyarakat tempatan yang memeluk Islam. 

✨ Muslimah di Iceland memainkan peranan penting dalam kehidupan komuniti walaupun statistiknya kecil, terlibat dalam ibadah, pendidikan keluarga, dan kegiatan sosial di pusat Islam tempatan. 

✨ Komuniti Islam di Iceland terus berkembang, dengan usaha membina ruang ibadah yang lebih besar dan kegiatan yang lebih teratur. 









Comments