Skip to main content

Kuseberangi kembali Sungai Golok bagi menggamit memori.

 Pada tahun 1979 hingga 1980 aku melanjutkan pelajaran matrikulasi UKM di Sekolah menengah Sains Sultan Mahmud, Gong Badak, Kuala Terengganu.  Kawan baik aku namanya Roslan Othman, best student Kelantan berasal dari Kg Sekolah Pasir Mas. Roslan akhirnya melanjutkan pelajaran di Belgium di bidang perubatan.  Hingga kini aku tak pernah bersua dengan Roslan lagi.  Apa yang menariknya setelah tamat matrik, Roslan ajak aku berjalan ke rumah neneknya di Narathiwat Thailand.  Umur ketika itu baru 20 tahun. Apa yang aku ingat ketika itu aku menyeberangi sungai Golok untuk ke rumah nenek Roslan.
 Dalam satu kesempatan aku ke Rantau Panjang dan ingin kembali menyeberangi Sungai Golok.  Seberang sana adalah Pekan Golok.  Tanpa pasport aku ke Siam.
 kena bayar rm2 sahaja. Kejab aja 15 minit dah sampai.
 Masih seperti dulu, ramai orang menyeberangi sempadan dengan bebas.
 Mungkin mereka ini sama seperti saudara mara Roslan yang mempunyai dua kerakyataan.  Selama seminggu aku duduk di narathiwat aku di bawa meronda oleh bapak saudara Roslan, seorang soldadu ke serata pekan Golok ini. Katanya aku tunjukkan semua kawasan hitam di sini, supaya engkau jangan pergi lagi ke tempat hitam seperti ini.  Sejak itu bila aku mengembara ke luar negeri, aku tidak akan pergi ke black area, atau Red area.
 Menyeberangi sungai Golok ini membawa memori aku bersama Roslan.
 Roslan tidak pernah menghantar berita setelah dia belajar dan berhijrah ke Belgium. Timbul rasa ingin mencari Roslan semula...
 Yah aku sudah berjaya menjejakkan kaki ke Pekan Golok.
 Tanpa passport atau dokumen lain.  Hanya keberanian untuk menggamit memori silam sahaja.
 Setelah itu berpatah balik dan kembali bayar tambang rm2.
 Wahai Sungai Golok kau menjadi saski sejak sekian lama, sebagai penghubung ikatan persaudaraan dua negara.  Dan mungkin juga negatifnya sebagai penghubung bagi aktiviti penyeludupan dan maksiat. 
Alhamdulillah aku selamat kembali ke Malaysia....

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...

Kampungku: "Sejarah Melayu Jambi di Kampung Tanjung Semberong Batu Pahat"

Ikon Kampung Tanjung Semberung ialah masjid tuanya yang cantik dan unik binaannya berbanding dengan masjid lain di Johor. Bayangkan masjid kampung yang agak kukuh dan indah ini boleh dibina kira-kira hampir 90 tahun yang lalu.  Tentu sahaja kampung ini juga mempunyai sejarah yang juga tak kurang hebat untuk dikaji.  Hamba dilahirkan di kampung ini, Kampung Tanjung Semberong, Mukim 7, Batu Pahat Johor.  Hamba membesar di sini sebelum berhijrah ke beberapa tempat lain. Kenapa batu jalan di kampung hamba ini bermula dengan 0. Sungai adalah penanda sempadan kampung ini. Kampung ini terletak di persimpangan Sungai Batu Pahat iaitu Sungai Simpang Kanan yang menuju ke Yong Peng dan Sungai Simpang Kiri yang menuju ke Parit Yaani.  Pecahan dua sungai ini membentuk satu tanjung.  Lalu dinamakan orang Kampung Tanjung Semberong.  Sampai sekarang kampung ini masih mengalami air sungai yang pasang surut. Dulu ketika sungai menjadi laluan utama ke Bandar Batu Pahat, Kg. T...