Skip to main content

Posts

Iskandariah 2012: Masjid Abu el Abbas el Mursi yang mistik dan karismatik

Masjid tua di Alexandria Egypt yang penuh mistik dan karimatik mengadap Laut Mediteranean. Hamba sampai ke masjid ini ketika jemaah beransur-ansur keluar setelah selesai menunaikan solat Jumaat. Nampak gagah, mistik, unik dan bersejarah. Terletaknya di kawasan Anfoushi di Iskandariah , berhampiran dengan Citadel Qaitbay . Masjid terpenting di Iskandariah, Mesir, ini dianggap kepunyaan al-Mursi Abu'l-'Abbas . Dibina pada tahun 1775, di atas kubur wali Sufi abad ketigabelas, Ahmed Abu'l-Abbas al-Mursi (digelar sebagai al-Mursi Abu'l 'Abbas) yang memasuki dan kemudian memimpin, sebagai seorang Sufi yang kuat, persaudaraan Shadhiliyya . Tapak masjid ini pada mulanya,  hanya kubur al-Mursi Abu'l-'Abbas, yang kekal ke hari ini pada tapak asalnya. Kubur diletak di sebuah bangunan kecil berhampiran dengan pelabuhan timur Iskandariah . Pada tahun 1370, Sheikh Zein al-Din ibn al-Qattan, salah seorang jutawan Iskandariah, menziarahi kubur itu. Dia memerintah ...

Masjid Peking yang jauh namanya tapi dekat di mata

Mimbar Masjid Peking Rantau Panjang Pesan Spiritual:   Orang tawakal sifatnya tidak ia berkeluh kesah samada dapat musibah atau dapat nikmat.  Hatinya selalu menyebut kebaikan yang Allah dah beri. MARI MENDAKI GUNUNG DAIK BAWA EMAK JUGA BAPA BUAT BAIK DIBALAS BAIK ORANG TAK INGAT TIDAK MENGAPA ORANG JAWA BERISTERI JAWA ORANG SARAWAK BERSUAMI SARAWAK ORANG KETAWA AWAK KETAWA ORANG KETAWA AKAN AWAK. Masjisd yang ada Good Idea, luaran no problem, janji saf penuh

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini  berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki kota...

Masjid GEDHE Jogjakarta yang antik

                                         MASJID GEDHE KAUMAN JOGJAKARTA                                            Keraton Sultan Jogja              Setelah penat menziarahi Keraton Sultan Hamengku Buwano ke 11, Gabenor Jogjakarta masa kini, hamba mahu kembali ke Malbioro untuk berglosir. Sambil berjalan kaki itu, hamba singgah sebentar ke sebuah masjid yang nampak sederhana sahaja. Masjid itu bernama Masjid Gedhe Jogjakarta. Masjid   tertua yang dibina oleh Kerajaan Islam Ngayogyokarto Hadiningrat atau Kasultanan Jogjakarta. Masjid Gedhe dibangun oleh Sri Sultan Hamengku Buwana I Senopati ing Ngalogo Abdurrahman Sayidin Panatagama Kalifatullah ing Ngayogyokarto. Masjid Gedhe didirikan pada tanggal 29 Mei 1773 ( dalam pras...

Mekah - Jabal Uhud yang perkasa

berlatar belakangkan Jabal Uhud yang perkasa Sejarah hebat yang pernah tercatat dalam sirah Nabi.  Di sinilah berlakunya perang Uhud yg mashur itu. Bukit Pemanah yang tetap setia walaupun pasukan pemanah itu turun meninggalkannya. Yang menariknya, jemaah negara lain ada buat tazkirah di tempat strategik ini, selain dapat menghayati suasana, dapat pula muhasabah diri dan mendapat "ibrar" di sebalik peristiwa yang berlaku.  Jemaah dari Tanah Melayu cuma dengar kisah ini dalam bas dari "tour guide" sahaja. Sekadar mendapat ilmu! Pesan spiritual:         Pesan Buya Hamka, "Orang yang berakal ialah orang yang tahu di mana kekurangan dirinya, lalu berusaha memperbaikkinya."

Princess Sumaya University for Technology

PSUT Amman, Jordan dalam kenangan Universiti yg moden khas utk pembangunan ilmu dan kemahiran teknologi bagi pelajar Jordan.  Terletak bersebelahan dengan Universiti Jordan di Amman.  Universiti ini dinaungi oleh keluarga diraja Jordan. Pesan Intelektual:  "Dan hendaklah kamu merendahkan diri kepada pengikut-pengikut kamu yang terdiri daripada kalangan orang yang beriman." (Al Syu"arak: Ayat 215).

Beijing Foreign Studies University

BFSU ; Beijing Foreign Studies Universiti Universiti yang penuh sesak dengan pelajarnya. Agak menarik kerana ada pelajar Cina yg belajar bahasa Melayu di sini.  Salah seorang tenaga akademiknya ialah Dr Awang Sariyan ketika beliau belum menjadi boss DBP.  Bahasa Melayu memang telah diterima sebagai salah satu bahasa utama dunia.  Cuma orang Melayu "perlembagaan" sahaja yang tidak tahu menilainya. Asal Usul Pengajian Bahasa Melayu di Beijing 📍 Asal Penubuhan Beijing Foreign Studies University (BFSU) adalah universiti terawal di China yang membuka program pengajian Bahasa Melayu, bermula pada tahun 1961–1962 sebagai sebahagian daripada Institut Bahasa‑bahasa Asia dan Afrika.   Profesor Wu Zongyu dikenali sebagai perintis utama yang memulakan pengajaran Bahasa Melayu di universiti ini, meletakkan asas bagi kajian dan pembelajaran bahasa tersebut.   📍 Sekolah Pengajian Asia Jurusan Bahasa Melayu berada di bawah Sekolah Pengajian Asia (Sch...