Aku ni memang tak minat sangat dengan aktiviti duduk di tepi pantai sambil menunggu matahari terbenam. Kerana sedari kecik kita diajar oleh orang tua supaya sebelm masuk maghrib sudah masuk kedalam rumah. Membersihkan diri serta mandi untuk solat maghrib. Setelah dewasa diajar pula supaya berada di masjid sebelum azan maghrib. Jadi aktiviti merenung matahari terbenam ini memang jauh dari budaya orang Melayu. Namun semasa ke Bali bersama-sama beberapa orang rakan aku terjebak juga dengan aktiviti ini. Berikut adalah beberapa foto matahari terbenam di Pantai Kuta Bali.
Di dalam Masjid al-Aqsa terdapat beberapa buah kubah cantik yang menghiasi halaman masjid. Kesemua kubah ini telah dibina semenjak pemerintahan Islam lagi bermula dari zaman Umaiyah hinggalah ke zaman pemerintahan al-Ayyubi, Mamluk dan Uthmaniyyah. Usaha-usaha tersebut merupakan manifestasi umat Islam akan keprihatinan mereka dalam memberi impak dan sumbangan untuk menghidupkan Masjid al-Aqsa. Kubah-kubah ini telah dibina atas pelbagai tujuan antaranya dijadikan tempat untuk para jemaah menunaikan solat, majlis-majlis ilmu atau tempat untuk melakukan ibadah dan iktikaf. Berikut merupakan 15 buah kubah yang terdapat di dalam halaman Masjid al-Aqsa: Kubah as-Sakhrah al-Mushrifah (Kubah Batu / The Dome of the Rock) Merupakan salah satu model seni bina Islam yang paling agung dan indah pada era awal pemerintahan Islam di dunia. Kubah ini telah dibina semasa kerajaan Umaiyah oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan pada tahun 65-86 H bersamaan dengan tahun 685-705 M di k...
Comments