Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2025

Kembara Singapura: Istana Kampung Gelam lambang hilangnya ketuanan Melayu di Tanah Temasik

Istana Kampong Gelam telah dibina oleh Sultan Hussain Shah dari  keturunan Kesultanan Johor-Riau-Lingga pada tahun 1819 di atas sebidang tanah berkeluasan 57 ekar di kawasan Kampong Gelam, Singapura.   Tanah ini adalah  pemberian daripada penjajah Inggeris dan juga sebagai pampasan dan juga muslihat untuk meminggirkan Sultan Hussain dari takhta Kerajaan Johor ketika itu.  Apabila istana ini siap dibina, ia memenuhi kawasan dua kali ganda lebih besar berbanding saiz pada hari ini. Ini terjadi bilamana ia telah dikecilkan pada tahun 1824 untuk pembinaan Jalan Jembatan Utara (North Bridge Road ). Baginda sultan Hussain bersemayam di situ sehingga kemangkatannya di Melaka pada tahun 1835. Istana dua tingkat yang baru dipercayai direka bentuk oleh arkitek  berbangsa Inggeris.  Beberapa ciri-ciri seni bina yang direka seperti  bangunan Inggeris  terdapat pada bangunan istana ini. Reka bentuk Istana Kampong Gelam merupakan gabungan gaya P...

Kembara Singapura: Sungguh nyaman dan tenang ketika beriktikaf di Masjid Sultan ini

Hamba memang suka iktikaf di Masjid Sultan ini jika berkunjung ke Singapura. Masjid ini hidup dan ada aura yang tersendiri. Pernah iktikaf di sini pada malam Jumaat, lepas solat Maghrib dan zikir serta doa, ramai-ramai baca surah Al Kahfi, lepas tu tahlil dan doa. Dekat-dekat pukul 10.00 malam baru selesai.  Lepas tu dijamu nasi beriani, ada hamba Allah taja. Atas tipu muslihat yang licik dan kotor akhirnya Singapura diserah kepada British oleh pihak istana Johor Riau pada 1819. Sultan Ḥusin telah diberi pampasan wang dari British. Mereka turut diberi wang pampasan tanah dan hak bersemayam di istana yang terletak di Kampung Gelam. Sultan Ḥusin telah membina istana untuk tempat tinggal baginda dan kaum kerabatnya terutamanya dari kepulaun Riau. Baginda juga ber hasrat membina masjid yang seṭaraf dengan kedudukan baginda. Akhirnya baginda berjaya membina sebuah masjid berdekatan dengan Istana Kampung Gelam dari tahun 1824 dan siap pada tahun 1826.   Masjid ini mul...

Kembara Singapura: Arab Street adalah tempat aku rehatkan otak dan bersendiri.

Sejarah Arab Street • Arab Street terletak di kawasan Kampong Gelam, salah satu kawasan tertua di Singapura. • Pada abad ke-19, kawasan ini diperuntukkan oleh Sir Stamford Raffles sebagai penempatan masyarakat Melayu, Arab dan Muslim. • Ia menjadi pusat perdagangan pedagang Arab dari Hadramaut (Yaman) yang berniaga kain, rempah, minyak wangi dan barangan keagamaan. • Kawasan ini juga berkait rapat dengan Kesultanan Johor-Riau, khususnya melalui Istana Kampong Gelam (kini Muzium Istana Kampong Gelam). • Masjid Sultan (dibina 1824) menjadi simbol utama dan pusat keagamaan komuniti Islam di Singapura. 🕌 Warisan & Tarikan Bersejarah 1. Masjid Sultan • Masjid ikonik dengan kubah emas. • Dibina semasa pemerintahan Sultan Hussein Shah. • Antara masjid paling penting di Singapura. 2. Istana Kampong Gelam • Kediaman diraja Kesultanan Melayu. • Kini berfungsi sebagai muzium sejarah dan budaya Melayu-Islam. 🛍️ Aktiviti Menarik di Ara...

Kembara Thailand: Pergi dan balik ke Malaysia dengan menaikki feri dari Tak Bai ke Pengkalan Kubur

Seperti yang dirancang hamba dan beberapa orang kawan nak datang ziarahi sahabat kami, mudir Madrasah Mesbah Ul Ulum iaitu Ustaz Ramli. Beliau sering menziarahi masjid kami di Segamat, hampir setiap tahun pada bulan Ramadhan. Kami ingin meninjau perkembangan madrasah yang beliau terajui. Kebetulan pada bulan ogos, pelajarnya sedang bercuti dan kebetulan juga tengah musim buah duku langsat.  Ya sudah tentu serampang tiga mata. Mereka menunggu kami di pekan Tak Bai. Terdapat dua feri yang beroperasi di Sungai Golok Pengkalan Kubor-Tak Bai iaitu masing-masing satu dari Malaysia dan satu dari Thailand. Bolehlah jalan-jalan beli buah kat Siam. Tiket feri murah aje. Feri baharu yang berharga RM8 juta untuk menghubungkan Pengkalan Kubor dan Tak Bai, Thailand, dijangka akan menggantikan feri lama yang sudah berusia lebih 20 tahun. Sudah pasti feri itu lebih besar dan menitik beratkan aspek keselamatan lebih baik, selain mampu memuatkan lebih ramai pengguna dan lebih banyak kenderaan dan mo...

Kembara Thailand: Melawat Muzium Khazanah Nusantara dan Pusat Pembelajaran Manuskrip Al Quran & Muzium Narathiwat

Muzium Manuskrip Al-Quran ni di Pattani, Thailand (Muzium al-Quran Melayu Raya) terletak di Narathiwat, Thailand. Ada ribuan manuskrip, termasuk naskhah al-Quran kuno. Muzium ini juga mempunyai manuskrip Melayu, senjata kuno, dan peralatan.   Muzium pusat khazanah manuskrip Al-Quran yang berusia antara 150 hingga 1,100 tahun. Muzium ini, yang dibuka pada tahun 2010, terletak di daerah Yi-ngo, wilayah Narathiwat, dan dikenali sebagai Muzium Warisan Budaya Islam dan Pusat Pembelajaran Al-Quran. Antara koleksi berharga di muzium ini termasuk naskhah Al-Quran tulisan tangan milik ulama terkenal Nusantara, Tok Kenali, yang disiapkan pada tahun 1286 Hijrah.   Selain itu, terdapat juga Al-Quran yang ditulis pada tahun 1134 Hijrah dengan huruf berwarna emas pada permulaan setiap surah, yang dianggap sebagai salah satu Al-Quran terindah di dunia Islam. Koleksi lain merangkumi Al-Quran dari Empayar Mughal di India dengan kulit diperbuat daripada kulit haiwan dan halaman daripada ku...