Skip to main content

Melawat Muzium Khazanah Nusantara dan Pusat Pembelajaran Manuskrip Al Quran & Muzium Narathiwat







Muzium Manuskrip Al-Quran ni di Pattani, Thailand (Muzium al-Quran Melayu Raya) terletak di Narathiwat, Thailand. Ada ribuan manuskrip, termasuk naskhah al-Quran kuno. Muzium ini juga mempunyai manuskrip Melayu, senjata kuno, dan peralatan.  




Muzium pusat khazanah manuskrip Al-Quran yang berusia antara 150 hingga 1,100 tahun. Muzium ini, yang dibuka pada tahun 2010, terletak di daerah Yi-ngo, wilayah Narathiwat, dan dikenali sebagai Muzium Warisan Budaya Islam dan Pusat Pembelajaran Al-Quran.



Antara koleksi berharga di muzium ini termasuk naskhah Al-Quran tulisan tangan milik ulama terkenal Nusantara, Tok Kenali, yang disiapkan pada tahun 1286 Hijrah.  




Selain itu, terdapat juga Al-Quran yang ditulis pada tahun 1134 Hijrah dengan huruf berwarna emas pada permulaan setiap surah, yang dianggap sebagai salah satu Al-Quran terindah di dunia Islam.



Koleksi lain merangkumi Al-Quran dari Empayar Mughal di India dengan kulit diperbuat daripada kulit haiwan dan halaman daripada kulit kayu, serta Al-Quran dari Yaman yang berusia lebih 1,000 tahun, ditulis di atas kulit kambing.  



Selain itu Muzium ini juga berfungsi sebagai pusat pendidikan bagi pelajar dan penyelidik yang berminat mendalami budaya dan seni Islam melalui kajian manuskrip.












Muzium ini menyimpan manuskrip peradaban Melayu dalam pelbagai bidang seperti sains hayat, sains fizikal, perubatan, matematik, dan astronomi, yang diperoleh dari seluruh Thailand dan masih dalam keadaan baik.  






Muzium ini dibahagikan kepada lima ruang pameran: Manuskrip Al-Quran, Persidangan, Manuskrip Melayu, Teknologi Melayu Kuno, dan Keagungan Ilmu Melayu.



















Pameran lain Senjata kuno, termasuk keris, senapang, pedang, dan lembing Alat-alat yang digunakan di Kepulauan Melayu, seperti pedati, tandu, penekan tebu, tembikar, dan pelita minyak. Karya ulama dan ahli falsafah Islam dari Kepulauan Melayu dan dunia Arab  
























 

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...