Skip to main content

Bosan memandu tanpa henti dari Auckland ke Wellington


 
Bila landing di Auckland Airport dari Christchurch, terus ambik kereta sewa. Syarikat ni namanya EZI Car Rental. Selalunya bila deal kereta sewa ni, masa nak pick up tak banyak songel. Masa hantar balik tu yang berdebar dan banyak songelnya. Sebab tu masa ambik kereta tu, ambik gambar semua sudut, kalau ada calar sikit pun kena ingat. 


Perancangannya nak drive terus ke titik akhir North NZ iaitu bandar Wellington. Sebab nya aku hanya ada masa 3 hari sahaja untuk jelajah north NZ. Mr Goggle Maps beritau masa perjalanannya 7 jam 39 minit dan sejauh 641km.


Makanan halal tak banyak masalah di NZ ni terutama jika kat bandar yang agak besar. Tapi masalahnya antara satu bandar dengan bandar yang lain jauh-jauh. Kalau bawak maggi pun tak guna, mana nak tumpang masak air. Jadi sebelum mulakan perjalanan sumbat dulu perut. Makanan kat NZ ini agak mahal.


Inilah pemandangan sepanjang perjalanan, padang ragut yang gondol dan sedikit gersang.


Ini berbeza dengan South NZ, banyak pemandangan yang memukau. Memang cantik, aku letak South NZ ni  ranking ke 3 selepas Switzland dan Norway dari segi


Sepanjang perjalanan kita jarang berselisih dengan kenderaan lain, berbeza dengan South NZ, banyak sekali motorhome dan camper van berkeliaran. Kalau poket tebal memang seronok sewa kenderaan macam tu. Memang mahal tapi selesa dan jimat sewa hotel, jimat masak semdiri dan boleh berlama-lama di satu-satu tempat yang kita sukai. Aku hari tu cuma sewa kereta 4wd, dan travel secara hit and run sahaja.



Sepanjang pemanduan tak banyak bandar besar, cuma bagusnya jalannya memang baik tak ada lubang.


Tapi malangnya had laju cuma 110km, bosan dan jengkel, jalan kosong tapi tak boleh laju.


Ingat nak buat kepala orang Malaysia, hantam aje di jalan raya. Tapi tak sampai hati pulak sebab tak afa yang memandu membabi buta walau jalan kosong dan sunyi pula.


 

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...