Skip to main content

Mencari nasi lemak dan teh tarik di malam pertama di AUCKLAND

Penerbangan Air Asia hanya transit sekejap di Sydney sebelum meneruskan penerbangannya ke Auckland. Sampai di Auckland kebetulan jumpa budak Melayu, berkenalan dan dia mengajak tidur di hostel YMCA. Kebetulan tidur untuk satu malam sahaja kerana jam 11 esok aku akan terbang ke Christchurch pula. Kalau tidak kenalah melelapkan mata di airport sahaja. Nama budak muda ini Fitri dan dia merancang untuk bertemu rakannya dan mencari kerja di New Zealand.


Tukar duit NZ. Nilai duit NZ ni lebih kurang sama dengan Australia, Singapura atau Brunei. Tukar sikit aje kerana aku pakai "Wise", nak duit cari auto teller yang ada tulis "visa" ... setakat ni Wise memang membantu untuk keluar duit asing. Aku memang tak guna kad debit atau credit untuk keluar duit di luar negara.
 

Duduk hostel ni memang sesuai untuk budget traveler, untuk lelapkan mata dan masak maggi dan buat kopi. Selesa memanglah kurang maklumlah tidur katil double decker, minima 6 hingga 12 orang sebilik. Bilik air kongsi, pantri pun kongsi. Bilik hanya ada orang jam 11 pm, sebelum jam 8 am, semua dah keluar ke destinasi masing-masing.


Aktiviti malam pertama, tak sempat rehat ronda cari makan di Auckland.


Jumpalah kedai Melayu, Uncle Mans ... tekak Melayu nak cari nasi lemak dan teh tarik. Tabik kat orang melayu ni, kalau pergi  Auckland jangan lupa cari restoran ini.


Lepas makan mulalah meronda keliling bandar. Jumpalah universiti ini. maklumlah kita kerja kat u tentu nak berfoto di u negara lain. Masuk tidur jam 12 malam dan jam 8 am harus check out untuk ke airport semula.








Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...