Air New Zealand landing di Christchurh jam 12pm. Kat sini kastam agak keras, serunding yang tak ada label kena rampas. Kalau proper pacakaging ok. Aku punya power bank, 3 biji kena rampas ... silap/lupa/alpa .. back pack aku letak kat bagasi.
Oleh kerana dah nak masuk waktu Zohor, apalagi carilah masjid. Akhirnya sampai kat Masjid An-Nur ini.
Dapat solat berjamaah dan berkenalan dengan imam masjid ini. Imam ni asal orang Malaysia. Asalnya masjid ini memang dimakmurkan orang Malaysia yang belajar, bekerja dan berhijrah di sini.
Al Noor Mosque ialah masjid utama di bandar Christchurch, Pulau Selatan.
Info ringkas
- Dibina pada: 1985
- Merupakan masjid pertama yang dibina khas untuk komuniti Muslim di South Island
- Terletak tidak jauh dari pusat bandar Christchurch
Sejarah penting
Masjid ini dikenali secara global selepas peristiwa tragis pada 15 Mac 2019, yang memberi kesan besar kepada komuniti Muslim dunia.
Kemudahan
- Ruang solat lelaki & wanita
- Tempat wuduk
- Parkir terhad
Suasana
Masjid ini sangat tenang & bersih, sering dikunjungi pelawat Muslim dari seluruh dunia.
Lalu diceritakan kepada kami insiden tembakan rambang di masjid ini ketika solat Jumaat yang mengorbankan ramai jemaah. Di Luar masjid ini ada dibina tembok sebagai memori insiden tersebut.
berikut adalah foto mangsa tembakan rambang oleh si kafir di masjid ini
Comments