Skip to main content

Brussel - Kuhirup udara segarmu ketika kau aman dulu

Ini kawasan luar kota
Patung warna hijau bersepah-sepah. Naik malas nak baca sejarahnya.


Asal-usul Brussels



  • Brussels bermula sekitar abad ke-10 (±979 M)
  • Nama “Brussels” berasal daripada bahasa Belanda lama Bruocsella yang bermaksud “penempatan di kawasan paya”
  • Diasaskan di tebing Sungai Senne, kawasan strategik untuk perdagangan




👑 Zaman Pertengahan (Abad 11–15)



  • Brussels berkembang pesat sebagai pusat perdagangan dan kraf
  • Menjadi ibu kota Duchy of Brabant
  • Dibina tembok kota, pasar dan bangunan awam
  • Grand Place (datang dari zaman ini) menjadi pusat ekonomi & sosial
  • Bandar ini terkenal dengan tenunan dan kain




🇪🇸 Zaman Sepanyol (Abad ke-16)



  • Brussels berada di bawah Empayar Sepanyol (Habsburg Sepanyol)
  • Menjadi pusat pentadbiran wilayah Belanda Sepanyol
  • Tahun 1695, Brussels dibom hebat oleh tentera Perancis
    → Grand Place musnah tetapi dibina semula dengan seni bina Baroque (yang kita lihat hari ini)




🇦🇹 Zaman Austria (Abad ke-18)



  • Selepas Sepanyol, Brussels dikuasai Habsburg Austria
  • Zaman ini menyaksikan kestabilan dan pembangunan bandar
  • Banyak bangunan klasik dan istana dibina




🇫🇷 Zaman Perancis (1795–1815)



  • Brussels ditawan oleh Napoleon Bonaparte
  • Undang-undang Perancis dan sistem moden diperkenalkan
  • Bahasa Perancis mula menjadi dominan dalam pentadbiran




🇳🇱 Bersama Belanda (1815–1830)



  • Selepas kejatuhan Napoleon, Brussels menjadi sebahagian United Kingdom of the Netherlands
  • Ketegangan politik dan budaya antara wilayah utara & selatan




🇧🇪 Kemerdekaan Belgium (1830)



  • Revolusi Belgium 1830
  • Belgium merdeka dan Brussels menjadi ibu negara Belgium
  • Brussels berkembang sebagai pusat politik, ekonomi dan kebudayaan




🌍 Abad ke-20 hingga kini



  • Mengalami kerosakan semasa Perang Dunia I & II
  • Pasca perang, Brussels bangkit sebagai:
    • Ibu pejabat Kesatuan Eropah (EU)
    • Lokasi NATO

  • Digelar “Ibu Kota Eropah”
  • Bandar berbilang bahasa: Perancis, Belanda (Flemish), dan Inggeris




🏛️ Brussels Hari Ini



  • Pusat politik antarabangsa
  • Bandar sejarah + moden
  • Kaya dengan seni bina Gothic, Baroque & Art Nouveau
  • Terkenal dengan Grand Place (UNESCO), coklat, waffle dan budaya Eropah




Tetap ada sungai yang membelah kota.  Sungainya macam biasa, mengalir lesu tapi bersih.

Ni baru sampai kat centraal Brussel

 
Ni stesen pengangkutan awam Brussel.  Memang bersih...




 Basnya panjang-panjang dan nampak bersih juga.


 yang ini ibu pejabat NATO







Ahhh... budaya melepak atas jalan.
 



 Relaks sambil menikmati persembahan busker


 Haaa... tengok jalan kereta kuda.  Itu penanda kawasan centre@central@sentral@centraal

 Belgiumnya popular dengan waffelsnya


 bangunan bersejarahnya

 tempat-tempat bersejarah.  tak sempat nak study lagi


Belgium.. semasa aku sampai dulu, kau aman dan gagah kerana menjadi pusat tentera nato dan pusat Eropah Union.  Tapi di tahun 2016 ini, kau dilanda kacau bilau dek letupan bom yang tidak diketahui motifnya.  Adakah kerana kau pusat "Kesatuan Eropah"?

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Sejarah Kubah Emas di Masjid Al Aqsa

  Di dalam Masjid al-Aqsa terdapat beberapa buah kubah cantik yang menghiasi halaman masjid. Kesemua kubah ini telah dibina semenjak pemerintahan Islam lagi bermula dari zaman Umaiyah hinggalah ke zaman pemerintahan al-Ayyubi, Mamluk dan Uthmaniyyah. Usaha-usaha tersebut merupakan manifestasi umat Islam akan keprihatinan mereka dalam memberi impak dan sumbangan untuk menghidupkan Masjid al-Aqsa. Kubah-kubah ini telah dibina atas pelbagai tujuan antaranya dijadikan tempat untuk para jemaah menunaikan solat, majlis-majlis ilmu  atau tempat untuk melakukan ibadah dan iktikaf. Berikut merupakan 15 buah kubah yang terdapat di dalam halaman Masjid al-Aqsa:   Kubah as-Sakhrah al-Mushrifah (Kubah Batu / The Dome of the Rock) Merupakan salah satu model seni bina Islam yang paling agung dan indah pada era awal pemerintahan Islam di dunia. Kubah ini telah dibina semasa kerajaan Umaiyah oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan pada tahun 65-86 H bersamaan dengan tahun 685-705 M di k...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...