Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

Palembang - Kudakapi Jambatan Ampera ketika mentari semakin hilang

Jambatan Ampera: Kudakapi kau ketika mentari semakin terbenam  Setelah penat melihat-lihat di muzium dan tempat bersejarah di kota Palembang, aku menghirup udara segar Sungai Musi sambil melihat kecantikan Jambatan Ampera di waktu senja.  Orang semakin ramai dengan membawa seribu satu macam ragam. Diberitakan Jambatan Ampera adalah mercu tanda kebanggaan rakyat Palembang.  Jambatan yang dibina merentasi Sungai Musi ini menghubungkan daerah hulu dan hilir Palembang.  Mengikut sejarahnya jambatan ini merupakan hadiah Sukarno pada rakyat Palembang. yang dananya diambil dari dana rampasan perang Jepun.  Jambatan ini pernah dikenali sebagai Jambatan Bung Karno, tetapi beliau tidak setuju lalu ditukar nama Ampera singkatan kepada “ Amanat Penderitaan Rakyat,” yang pernah menjadi slogan bangsa Indonesia pada tahun 1960-an. Jambatan ini mula dibina pada bulan April 1962, dan siap pada tahun 1965. Perasmian jambata...

Singapura - Melayu Singapura yang kukenali

Hari itu hamba jadi wakil keluarga anak saudara hamba, dalam upacara menghantar "belanja" dan nikah dengan pasangannya di Masjid Kg. Sembawang Singapura.  Hantarannya SD 10,000.  Selepas sesi ucapan dan berbalas-balas hantaran, terus dinikahkan.  Esoknya baru majlis walimatul urus di kawasan "apartment" di Yishun. Jarak Yishun dan Kg. Sembawang jauh jugaklah.  Naik kereta ada setengah jam. Hamba tanya kenapa nikah di masjid ini.  Kata mereka di kampung itulah dulu mereka dilahirkan. Walaupun kampung itu tidak ada penghuni lagi, mereka secara istiqamah masih memakmurkan masjid tersebut.  Hebat komuniti ini.  Majlis itu memang meriah, ramai yang datang.  Masih ada suasana masyarakat Melayu.  Tak benar juga propaganda yang mengatakan mereka telah hilang identiti Melayunya. Pantai Kg. Sembawang. nun di seberang sana Kg. Senibong, Pasir Gudang. Dulu-dulu pantai ni tempat P Ramlee berlakon. Dan dulu-dulu mereka selalu bersampan sahaj...

Motive for Action 01

Hinakah mereka kerana keberanian mereka meminta-minta?

Dilema Si Peminta           Semasa hamba merayau-rayau di muka bumi yang indah ini, satu subjek yang selalu hamba cari ialah insan berpakaian lusuh yang meminta-minta. Hamba mahu satu proof bahawa kemiskinan ini ada di mana-mana di muka dunia ini. Ia bersifat universal. Kadang-kadang rasa bersalah juga kerana mengambil gambar mereka.  Satu perbuatan yang tidak beretika.  Namun ia bukan bertujuan untuk menghina mereka, hanya sebagai proof bagi observation yang saya buat. Itu sahaja.  Si Peminta di kota Frankfurt         Perbuatan mengemis bagi sebagian orang lebih diminati daripada kerja-kerja lainnya, kerana cukup hanya dengan menghulurkan tangan, dia boleh mendapatkan sejumlah wang yang cukup banyak tanpa harus bersusah payah. Masyarakat pada umumnya memandang bahawa pengemis itu berkeadaan tidak terurus, pakaiannya lusuh dan rambut kusut masai dengan tujuan untuk menarik simpati orang ramai. Mengem...