Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai di Damsyik ialah Masjid Umawi. Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) . Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut.
Ia didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.
Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki kota Damsyik mesti melalui tujuh pintu utama yaitu Bab Syarqi, Bab Jabiyah, Bab Kisani, Bab Shaghir, Bab Touma, Bab Janiq, Bab Faradis.(kesannya masih ada sehingga sekarang). Kekuasaan Islam sampai ke kota Damsyik pada tahun 14 Hijriyah (653 M). Ketika itu panglima Islam Khalid bin Walid memasuki kota Damsyik dari Bab Syarqi dan Amru bin Ash memasuki dari Bab Touma. Sementara pasukan Islam di bawah komando Sharbabil melalui Bab Faradis, Abu Ubaudah dari Bab Al-Jabiyah dan Yazid bin Abi Sofyan pula dari Bab Shaghir.
.Sejak Islam masuk ke Damaskus umat Islam dan Kristian bersepakat untuk membahagi tempat ibadah tersebut menjadi dua bahagian, sebelah timur Masjid dan sebelah barat Gereja. Mereka beribadah secara bersama-sama dalam suatu tempat yang hanya dipisahkan oleh dinding pemisah. Umat Islam mengumandangkan azan, sedangkan Kristian membunyikan lonceng. Keadaan ini berlaku kurang lebih 70 tahun iaitu sehingga tahun 705 M. Sehinggalah Khalifah Al Walid bin Abdul Malik berfikir untuk membangunkan sebuah Masjid yang megah sesuai dengan keperluan kaum Muslim dan pemerintahan Islam waktu itu. Berdasarkan hasil musyawarah antara kedua belah pihak (Islam dan Kristian) maka sebagai gantinya Khalifah mengizinkan dibangunkan gereja-geraja di daerah Bab Touma dan sekitarnya. Selepas itu sekitar 10 tahun berdirilah Masjid Umawi yang besar dan megah dengan ukuran panjang 150 m dan lebar 100 m. Di dalam masjid ini juga terdapat empat buah Mihrab (ruang imam) yang mana suatu ketika dahulu mereka bersembahyang mengikut mazhab masing-masing. Di bagian Timur Masjid ini juga terdapat makan Nabi Yahya AS yang diyakini hanya kepalanya saja yang dimakamkan di sana.
PESAN SPIRITUAL: Pesan Sheikh Daud Al Fatani; "Nafsu itu terlebih jahat daripada 70 syaitan! Syaitan dapat ditewaskan dengan IKHLAS. Sedangkan berperang melawan nafsu memerlukan kita "mengekangnya" dengan TAKWA!"
Comments