Semasa mundar mandir di “pasar lambak” di bandar pelabuhan Bergen, memang hati tu membuak-buak bak beli salmon salai. Tapi bila tengok harganya alamak nemang harga tak mampu milik bagi seorang budget traveler. Nak makan halal di kota Bergen memang sukar, rasa macam tak ada gayanya, maklumlah Bergen ni terasing berbanding kota lain di Norway. Pilihan yang ada ialah cari roti, buah-buahan dan salad di “ market”. Kebetulan terjumpa salmon salai yang siap berempah, apalagi terus beli tanpa fikir dan syak masak pakai kuali apa, campur minyak apa dll. Kita buat decision , syak tidak dapat menjatuhkan hukum. Lepas tu cari spot menarik untuk merasa salmon salai sebagai makan tengahari. Di Norway ni banyak sungguh spot menarik. Kalau ikut ranking aku negara yang view paling cantik tentulah Switzerland, kedua Norway dan ketiga south New Zealand. Norway ni dia memang jaga alam sekitarnya. Memang sejuk mata memandang. View seperti ini terdapat di mana-mana. Sapa kaki tangkap gambar mema...