Setelah penat berkeliling di Dunedin, kami menyusuri pantai timur South NZ untuk menuju ke Christchurch. Akhirnya kami kepenatan dan berusaha mencari hotel budget. Memang payah dapat sebab booking di minit-minit akhir. masa pusing-pusing tu jumpa satu rumah ada tulis Swaggers Backpackers.
Oleh kerana tak ada pilihan kami setuju untuk bermalam di rumah ini. Rumah 4 bilik ini ownernya seorang wanita yang agak berusia. Suka membebel dan membiarkan anjingnya berkeliaran dalam rumah.
Owner ni selalu skeptikal dengan oranh Islam. Macam-macam dia tanya dan memuji beberapa penyewa Cina dari Singapura yang katanya lebih sporting.
Owner ni asalnya pendatang dari Slovakia yang ketika itu masih jajahan USSR. Dia bekerja sebagai jururawat di NZ dan akhirnya menjadi rakyat NZ. Selalu dia bertanya tentang pandangan kami tentang orang Yahudi dan negara Israel.
Malam itu kami hanya makan maggi dan kopi O sahaja walaupun si owner membebel mengatakan kami menyusahkan dia. Walaubagaimanapun kerana kepenatan kami tidur dengan nyenyak. Esoknya setelah sarapan roti dan jem, kami bergerak meninggalkan si owner ini yang ternyata kesepian.
Comments