Bergen ni bandar terpencil di Laut Utara, senang cerita kalau winter memang cuacanya ekstrim.
Masa sampai sini dah hujung musim bunga, cuaca memang nyaman dan budak-budak sukalah bersidai lepas balik sekolah. Tak lama lagi musim panas dan sekolah cuti panjang.
Dia juga agak pelik tengok orang kulit sawo matang dengan saiz yang agak kecil serta rendah sampai ke tempat mereka. Bergen ni memanglah rare orang Asia nak datang. Akses yang sukar dan mahal. Bayangkan aku naik kapal laut, angkut kereta sekali dari Histhral Denmark ke Bergen ni mengambil masa hampir 20 jam.
Bandar Bergen ni tak sesak sangat, bandar tepi laut dan banyak aktiviti perikanan di sini. Tak nampak kilang besar di sini.
Comments