Setiap sudut di Tanah Haram Baitul Maqdis atau Masjidil Aqsa ada sejarah, keistimewaan dan keutamaannya yang tersendiri. Ianya adalah bumi yang diberkahi. Baitul Maqdis adalah tempat ketiga yang mesti dikunjungi selepas Mekah dan Madinah. Sejak pembebasan Baitul Maqdis oleh Khalifah Umar Al Khatab, umat Islam berpusu-pusu datang ke sini hinggalah wilayah Palestin ini dijajah oleh Zionis Israel. Syukur dalam keterbatasan itu, Allah berikan rezeki-Nya untuk hamba menziarahi Masjidil Aqsa ini. Tanah suci Baitul Maqdis (Masjidil Aqsa) juga sejak dahulu adalah tempat berkumpulnya ilmuan Islam di mana Hujjatul Islam Imam Ghazali sendiri pernah merantau dan menetap di sini. Masjid Al Aqsa mempunyai jaringan dan tarikan keilmuan yang kuat. Setelah Imam Ghazali memutuskan untuk keluar dari madrasah Nizamiyah dan memilih untuk mengembara dan hidup zuhud, menurut catatan Ibnu Katsir destinasi pertama beliau adalah adalah Baitul Maqdis. Menurut Al-Ulaimi, tempat yang diperca...
MOHD AMIN AHMAD ajiemintebo@blogspot.com