Skip to main content

Rehlah Palestin: Kutemui tempat mengikat Al Buraq ketika peristiwa Isra Mikraj dahulu di Masjidil Aqsa


Dapat menjejakkan kaki ke tanah Palestin memang satu rezeki yang besar pada hamba. Syukur Alhamdulillah. Walaupun ada rasa was-was tentang isu keselamatan dan propaganda Yahudi Zionis yang hendak menghalang umat Isalm memakmurkan Masjid Al Aqsa, hamba pasrah dan kuatkan tekad untuk ke sana.


Masjid Al-Aqsa merupakan tanah suci orang Islam yang ketiga selepas Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah. Masjid Al-Aqsa bukan sebuah masjid tetapi sebuah kawasan besar yang terdapat beberapa masjid di dalamnya. Antara 4 masjid itu ialah Masjid Qibli, Masjid Buraq, Masjid Dome of The Rock dan Masjid al- Marwani. Hamba nak kongsi maklumat tentang Masjid Buraq. Masjid in dinamakan Masjid Buraq kerana di dalamnya terdapat satu gelang besi terpasak di dinding yang dikatakan itulah tempat Buraq yang membawa Nabi Muhammad SAW di perjalanan Isra Mikraj ditambat. Kita perlu menggunakan tangga untuk turun ke masjid ini. Masjid ini terletak di bawah tanah bila proses pembangunan masjid Qibli dibuat.


Masjid al-Buraq in terletak di sepanjang Tembok Al Buraq di sebelah timur.  Nama ini diambil sempena tempat di mana Nabi Muhammad SAW mengikat Al Buraq ketika peristiwa Isra Mikraj. Pada dinding di dalam masjid ini ada lingkaran atau gelas besi seperti yang dipakai oleh Nabi Muhammad SAW untuk mengikat Buraqnya.


Inilah tempat gelang di mana Buraq ditambat. Masjid Buraq ini 


Masjid ini terbuka untuk solat hari Jumaat dan solat Eid. Jemaah di masjid ini tetap berimamkan imam Masjid Qibli.


Bersebelahan tembok masjid ini iaitu bahagian luar adalah Tembok Ratapan kaum Yahudi.


Bersebelahan masjid ini juga terdapat Morocco Gate, tempat di mana selalu kejadian pencerobohan Masjid Al Aqsa terjadi kerana pintu ini menuju ke Kuaters Yahudi.




 

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...