Skip to main content

Dunia Yang Kutemui: Kembara Wali Songo 2025


Memang lama merancang untuk menziarahi kesemua makam Wali Songo ini. Baru tahun 2025 ianya menjadi kenyataan.


Sepuluh tahun dulu hanya sempat menziarahi Makam Sunan Ampel kerana ianya mudah untuk ke sana ketana letaknya yang tak jauh dari Kota Surabaya. Bayangkan kalau nak pergi semua sembilan makam itu, masa seminggu baru mencukupi kerana ia mencangkup wilayah pesisir pantai utara Pulau Jawa.


HARI 1: KUALA LUMPUR – SURABAYA 

Berlepas ke Surabaya dan tiba di Juanda Airport. Lepas tu ke restoran tempatan untuk makan tengahari

Lawatan ke Monkasel atau dikenali dengan Monumen kapal selam.


Meneruskan lawatan ke Masjid Cheng Ho iaitu sebuah masjid yang menggabungkan elemen-elemen budaya Islam dan China.



Lawatan ke Makam Sunan Ampel yang merupakan salah satu dari 9 Wali Songo yang terkenal dalam menyebarkan Islam di Pulau Jawa.


Makan malam di restoran tempatan.

Daftar masuk hotel dan Bermalam di Surabaya.


HARI 2: SURABAYA – TUBAN 

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel. Meneruskan lawatan ke Makam Sunan Giri yang dikenali dengan nama Muhammad Ainul Yakin salah satu daripada 9 wali songo yang berjasa bagi penyebaran agama Islam di Pulau Jawa.



Lawatan ke makam Maulana Malik Ibrahim atau dikenali dengan Sunan Gresik yang merupakan orang pertama yang menyebarkan agama islam di

tanah jawa. ke restoran tempatan untuk

makan tengahari



Meneruskan perjalanan ke Lamongan dan melawat Makam Sunan Drajat atau dikenali dengan nama Syarifuddin atau Raden Qosim anak kepada Sunan

Ampel. Beliau sering memerhatikan nasib kaum fakir miskin dan beliau berhasil menciptakan kehidupan

rakyatnya makmur.



Seterusnya ke Tuban dan melawat makam Sunan Bonang atau diberi nama Raden Maulana Makdum Ibrahim dikenali sebagai penyebar Islam yang menguasai ilmu fikh, usuluddin, tasawuf, seni, sastra, arsitektur, dan ilmu silat.



Makan malam di restoran halal tempatan.

Daftar masuk hotel dan BERMALAM DI TUBAN



HARI 3: TUBAN - KUDUS - SEMARANG 

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel.

Meneruskan perjalanan ke Kudus,

mengunjungi Makam Sunan Kudus atau

dikenali Ja’far Shadiq yang merupakan ulama dan panglima perang Kesultanan Demak yang termasuk

dalam anggota dewan Wali Songo.



Lawatan ke Masjid Kudus merupakan salah

satu masjid tua di Pulau Jawa yang menjadi saksi terjadinya akulturasi antara kebudayaan

Jawa, Hindu, dan Islam.


Makan tengahari di restoran tempatan.


Lawatan ke Makam Sunan Muria atau Raden Umar Said dikenali sebagai tokoh yang menyebarkan

agama Islam di daerah Gunung Muria, pantai utara Jepara.



Seterusnya ke Demak untuk mengunjungi

Makam Sunan Kalijaga diberi nama Raden Mas'id yang merupakan seorang ulama yang sangat bijak

di dalam menganalisis masalah dakwah.



Lawatan seterusnya ialah ke Masjid Agung Demak yang telah

dibangunkan oleh Sunan Kalijaga.



Meneruskan perjalanan ke Semarang dan makan malam di restoran tempatan.

Daftar masuk hotel dan BERMALAM DI SEMARANG


HARI 4: SEMARANG – CIREBON 

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.

Terus ke Masjid Agung Jawa

Tengah yang terkenal dengan keunikan seni bina masjidnya yang menggabungkan tiga elemen iaitu budaya islam, budaya jawa dan budaya Roman.



Makan tengahari di restoran tempatan.

Bergerak menuju ke Cirebon.

Makan malam di restoran tempatan.

Daftar masuk dan BERMALAM DI CIREBON


HARI 5: CIREBON - JAKARTA 

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.

Hari ini ke Makam Sunan Gunung Jati atau

Syarif Hidayatullah bin Syarif Abdullah sebagai seorang ulama dan kesatria di Jawa Barat. Dirinya berhasil menakluki Kerajaan Hindu Pejajaran dan mendirikan dua kerajaan Islam, yakni Banten dan

Cirebon.




Perjalanan seterusnya adalah ke Jakarta

Dan ke Masjid Istiqlal yang merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara.



Daftar masuk hotelBERMALAM DI JAKARTA


HARI 6: JAKARTA – KUALA LUMPUR

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.

Terus melawat dan bergambar di Monas.



Membeli belah dan makan tengahari di Thamrin City Mall sebelum

ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta untuk

penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.



Tiba di Kuala Lumpur & urusan bagasi dan

imigresen. Aktiviti tamat bersama kenangan indah dari Indonesia.


SEKIAN.



 

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...

Kampungku: "Sejarah Melayu Jambi di Kampung Tanjung Semberong Batu Pahat"

Ikon Kampung Tanjung Semberung ialah masjid tuanya yang cantik dan unik binaannya berbanding dengan masjid lain di Johor. Bayangkan masjid kampung yang agak kukuh dan indah ini boleh dibina kira-kira hampir 90 tahun yang lalu.  Tentu sahaja kampung ini juga mempunyai sejarah yang juga tak kurang hebat untuk dikaji.  Hamba dilahirkan di kampung ini, Kampung Tanjung Semberong, Mukim 7, Batu Pahat Johor.  Hamba membesar di sini sebelum berhijrah ke beberapa tempat lain. Kenapa batu jalan di kampung hamba ini bermula dengan 0. Sungai adalah penanda sempadan kampung ini. Kampung ini terletak di persimpangan Sungai Batu Pahat iaitu Sungai Simpang Kanan yang menuju ke Yong Peng dan Sungai Simpang Kiri yang menuju ke Parit Yaani.  Pecahan dua sungai ini membentuk satu tanjung.  Lalu dinamakan orang Kampung Tanjung Semberong.  Sampai sekarang kampung ini masih mengalami air sungai yang pasang surut. Dulu ketika sungai menjadi laluan utama ke Bandar Batu Pahat, Kg. T...