Memang lama merancang untuk menziarahi kesemua makam Wali Songo ini. Baru tahun 2025 ianya menjadi kenyataan. Sepuluh tahun dulu hanya sempat menziarahi Makam Sunan Ampel kerana ianya mudah untuk ke sana ketana letaknya yang tak jauh dari Kota Surabaya. Bayangkan kalau nak pergi semua sembilan makam itu, masa seminggu baru mencukupi kerana ia mencangkup wilayah pesisir pantai utara Pulau Jawa. HARI 1: KUALA LUMPUR – SURABAYA Berlepas ke Surabaya dan tiba di Juanda Airport. Lepas tu ke restoran tempatan untuk makan tengahari Lawatan ke Monkasel atau dikenali dengan Monumen kapal selam. Meneruskan lawatan ke Masjid Cheng Ho iaitu sebuah masjid yang menggabungkan elemen-elemen budaya Islam dan China. Lawatan ke Makam Sunan Ampel yang merupakan salah satu dari 9 Wali Songo yang terkenal dalam menyebarkan Islam di Pulau Jawa. Makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk hotel dan Bermalam di Surabaya. HARI 2: SURABAYA – TUBAN Sarapan pagi ...