Skip to main content

Makam Datuk Koyah di Transfer Road Georgetown


Bila aku berjalan ke Georgetown, aku suka iktikaf di Masjid Kapitan Keling walaupun sebentar. Selain daripada itu aku suka rasa nasi kandar dari kedai yang berbeza.  Pada satu hari usai solat subuh di masjid Kapitan Keling aku jalan kaki balik ke hotel Journey di Transfer Road. Kalau jalan kaki jauh jugak rasanya. Namun aku anggap macam brisk walk sahaja.


Sambil jalan-jalan tu, terjumpa restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang. Teringat pesan Azhar kawan sebilik semasa umrah tahun lepas, yang katanya nasi kandar kat sini kena cuba. Aku sampai awal pagi nasi kandar tak buat lagi, maka makan roti canai sahaja.


Lepas sarapan aku terus balik ke Hotel Journey, dalam perjalanan jumpa satu bangunan yang sedang diperbaiki. Makam itu ialah Makam Datuk Koyah. Setelah beberapa lama baru aku dapat kaji tentang  Datuk Koyah itu. Kerja-kerja pemuliharaan semula Makam Datuk Koyah berusia 175 tahun dekat Jalan Transfer di tengah-tengah bandaraya Georgetown. Bangunan Makam Datuk Koyah atau nama asalnya, Datuk Syed Mustapha Idris dibina pada tahun 1840 oleh para pengikutnya. Koyah bermaksud tuan, guru atau orang yang dihormati, dengan kewujudan makam tersebut, ia menjadi salah satu simbol penempatan awal masyarakat India Muslim di negeri ini.


Dikatakan Datuk Koyah ini nama sebenarnya ialah Syed Mustapha Idris dan beliau merupakan seorang ahlu’ bait yang berasal dari Malabari, India. Beliau kemudiannya berhijrah ke Pulau Pinang pada awal Kurun ke 18 setelah di-hukum buang negeri kerana di-dapati bersalah mengebumikan satu jenazah yang di-temuinya mati di bunuh di dalam Parit. Dato Koyah pernah di-penjarakan di Pulau Pinang oleh pihak British selama 7 tahun kerana mempertahankan hak masyarakat Islam. Sepanjang waktu di dalam penjara British, beliau sering hilang dari penjara dan solat di masjid-masjid yang berhampiran dan kembali semula ke dalam penjara setelah selesai solat. Kisah ini amat di-geruni oleh pihak British. Setelah di-bebaskan secara rasmi, Dato Koyah telah menyiapkan kerja-kerja pembinaan jalan raya yang di-usahakan oleh pihak British dan akhirnya British menghargai usaha beliau. Sebagai memberi penghormatan kepada beliau, British telah menamakan jalan tersebut dengan nama Jalan Dato Koyah. Di kisahkan beliau pernah memberi makan kepada orang ramai yang membuat jalan dengan bubur yang di-masak di dalam sebuah periuk kecil. Sebenarnya banyak lagi peristiwa yang mencarik adat berlaku kepadanya yang membuktikan bahawa beliau seorang yang dekat dengan ALLAH, bahkan bergelar mastur. 
 

Setelah Dato Koyah meninggal dunia, British telah membina sebuah makam bersaiz 25 kaki panjang dan 25 kaki lebar. Kedudukkan makamnya terletak di tengah tengah bangunan. Antaranya peristiwa pelik yang berlaku setelah di makamkan Dato Koyah, orang ramai mendengar akan bacaan Quran dan zikir dari kuburnya serta di-dapati kuburnya makin memanjang. Di situ juga terdapat tempat beliau menghabiskan masa dengan solat, baca Quran dan berzikir sepanjang hayatnya.  Beliau meninggal dunia pada tahun 1840 dan di-makamkan di bawah pokok tempat beliau tinggal iaitu di Transfer Road, Pulau Pinang. 





Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...